KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan menegaskan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijangka berlangsung hujung November ini bukan sekadar perhimpunan biasa, sebaliknya medan penting untuk menentukan halatuju parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, PAU kali ini berperanan besar memberi mandat jelas kepada Presiden parti, sama ada UMNO akan bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana-mana pihak menjelang PRU akan datang.

“PAU kali ini bukan PAU main-main. Ia adalah platform untuk tentukan masa depan parti – nak pergi solo atau nak bergabung. Apa pun keputusan, ia harus diputuskan bersama demi mengelakkan isu yang berlarutan dan membebankan rakyat,” katanya.


Dr. Azam yang juga bekas wakil rakyat berkata, PAU perlu menjadi wadah serius membincangkan transformasi UMNO agar ia kembali menjadi wadah perjuangan rakyat, bukan sekadar tempat melahirkan sokongan membuta tuli.

“PAU jangan jadi ‘yes man’. Kita kena bincang secara mendalam tentang nasib anak bangsa, ke mana arah parti kita, dan bagaimana transformasi perlu dilakukan. Presiden parti juga tidak boleh dipersalahkan jika keputusan ini lahir dari mandat PAU,” ujarnya.


Beliau turut mengingatkan UMNO agar belajar daripada kesilapan lalu termasuk isu penangguhan PAU sebelum ini, yang menurutnya hanya menimbulkan persepsi kurang baik terhadap parti.

“UMNO mesti berani buat keputusan. Kalau sudah dirancang, teruskan. Jangan ulangi kesilapan menangguh kerana politik negara tidak boleh bergantung pada isu sementara,” tambahnya.


Mengakhiri kenyataan, Dr. Azam menekankan bahawa PAU 2025 harus menjadi titik tolak kepada UMNO untuk kembali memperkukuh kepercayaan rakyat menjelang PRU16.

#PAU2025 #UMNO #PRU16 #SuaraAkarUmbi #PolitikMalaysia #TransformasiUMNO #HalatujuUMNO #PRNSabah #ZahidHamidi #MandatRakyat

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f