AMPANG, 28 September 2025 – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail, menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini mencetuskan kemarahan penduduk.
Beliau menegaskan, cukup-cukuplah Anwar terus menyalahkan pemimpin-pemimpin terdahulu sedangkan insiden pengusiran penduduk dan perobohan rumah berlaku di bawah pentadbiran beliau sendiri.
“Ribuan penduduk dihalau keluar, rumah mereka diroboh, pampasan pula bercelaru dan tidak adil. Kalau benar mahu pertahan Tanah Melayu dan hak orang Melayu, mengapa Kg Sungai Baru dibiarkan menjadi korban pembangunan yang hanya menguntungkan pemaju?” katanya.
Menurut Syed Rosli, rakyat sudah muak dengan retorik serta pidato berapi-api yang tidak membawa sebarang penyelesaian. Beliau menuntut Perdana Menteri menunjukkan kepimpinan sebenar, bukan sekadar mengulang naratif menyalahkan pihak lain.
“Sekarang kamu bukan lagi pembangkang. Kamu Perdana Menteri. Kamu ada kuasa, ada kementerian, ada jentera kerajaan. Kalau benar mahu buktikan kepimpinan, selesaikan isu Kg Sungai Baru ini. Jangan biarkan sejarah merakam bahawa di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim, tanah orang Melayu dirobohkan, rakyat diusir, dan air mata mereka hanya dijawab dengan alasan basi,” tegasnya.
Isu Kg Sungai Baru terus menjadi perhatian apabila penduduk mendakwa pampasan pembangunan tidak sepadan, malah sebahagian besar berasa teraniaya kerana tanah warisan mereka hilang atas nama pembangunan.

#KgSungaiBaru #AnwarIbrahim #TanahMelayu #IsuRakyat #UMNOPandan #RakyatTertindas #PampasanTidakAdil #ReformasiAtauRetorik #KeadilanUntukRakyat #SuaraMarhaen