KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2025 – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang besar mencatat kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Menurut beliau, landskap politik Sabah ketika ini dilihat terbuka, dengan rakyat mula menilai kegagalan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengurus isu-isu asas yang membelenggu negeri tersebut.

“Masalah air, elektrik, infrastruktur jalan, serta keperluan asas rakyat masih belum diselesaikan. Rakyat Sabah kini sedang menilai prestasi kerajaan GRS yang jelas tidak mampu menangani isu-isu berkenaan,” tegasnya.

Dr. Azam turut menyentuh mengenai kedudukan Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan GRS, manakala BN memilih bergerak secara solo. Katanya, situasi itu mewujudkan percaturan politik yang “unik” memandangkan PH sendiri berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan hasil ehsan UMNO.

Beliau menambah, isu-isu panas seperti kes Justice for Zara, pendedahan individu dalam media, dan naratif “Sabah for Sabahan” akan menjadi antara topik utama yang dimainkan sepanjang kempen PRN.

“Kalau ditanya peluang BN, saya ramalkan BN boleh menang sekurang-kurangnya 28 daripada 40 kerusi yang ditandingi. Itu sudah cukup untuk BN muncul sebagai kuasa penentu dalam kerajaan baharu Sabah nanti,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Dr. Azam menegaskan bahawa siapa yang bakal diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah selepas PRN nanti hanya akan ditentukan oleh takdir serta kehendak rakyat Sabah.

#PRNSabah.#SabahMemilih #PolitikSabahn#BarisanNasional #GRSvsBN #KerajaanKatak #IsuSabah #JusticeForZara #RakyatSabah #SuaraSabah

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f