KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan berpandangan bahawa Barisan Nasional (BN) berpotensi besar untuk menjadi penentu utama dalam menentukan hala tuju politik di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menurut beliau, landskap politik Malaysia telah berubah dan tidak lagi ada parti yang mampu memerintah secara solo seperti era Barisan Nasional dahulu yang pernah mendominasi sehingga 120 kerusi.

“Manusia semakin matang, cara pemikiran rakyat berbeza, dan undi anak muda 18 tahun ke atas kini memainkan peranan besar,” katanya ketika ditemui media.


Dr. Azam menegaskan, di Sabah, BN dilihat berpeluang menjadi king maker susulan kegagalan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menunjukkan prestasi yang meyakinkan.

“Di Sabah kali ini, BN akan jadi majority atau sebahagian besar penentu siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri. Apa yang penting ialah kemenangan dahulu, bukan siapa calon CM,” jelas beliau.


Beliau turut membandingkan prestasi menteri-menteri BN dalam kerajaan Madani di peringkat nasional yang disifatkan lebih berpengalaman berbanding menteri-menteri muda yang “below par”.

“Sebagai contoh, kementerian pendidikan antara yang paling lemah. Inilah peluang BN untuk kembali menjadi peneraju kerajaan, bukan sahaja di Sabah, malah pada PRN Johor, Melaka dan PRU16 akan datang,” tambahnya.


Dr. Azam optimis, dengan rekod prestasi BN yang panjang, rakyat akan kembali memberi kepercayaan kepada parti tersebut untuk memimpin negara.

#PRNSabah #BNKingMaker #PolitikMalaysia #UMNO #BNBangkit #KerajaanMadani #PRU16 #PolitikSabah #MalaysiaKini #SuaraRakyat

Leave a Reply