BN Ada Harapan Cerah di Sabah

Kuala Lumpur, 12 November 2025 — Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil memberi pandangan mengenai peluang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka menjadi pertembungan paling sengit antara parti-parti utama.

Menurut Dr. Azam, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin kerana menampilkan barisan calon yang mencerminkan transformasi dalam UMNO dan BN.

“Calon-calon yang diketengahkan kali ini adalah lambang perubahan. Mereka membawa wajah baru dalam semangat lama perjuangan BN yang berasaskan rakyat,” katanya.


Beliau menegaskan bahawa rakyat Sabah kini semakin sedar bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang masih mempunyai agenda jelas dan konsisten dalam memperjuangkan hasrat rakyat.

Namun, Dr. Azam turut mengingatkan jentera BN dan sayap parti agar tidak “over” atau melampau dalam berkempen.

“Berhati-hati dalam setiap kenyataan. Jangan melenting, jangan melatah. Jadi calon bukan bermakna sudah menang — itu baru tee off. Permainan masih panjang,” ujarnya dengan analogi bersahaja.


Dalam masa yang sama, beliau menyentuh mengenai peranan dan etika politik Pakatan Harapan (PH) di Sabah yang disifatkan sebagai “makan keliling”.

“PH ini pelik. Mereka boleh jadi kerajaan hasil kerjasama BN, tetapi di Sabah mereka memilih untuk bersama GRS yang rekodnya sendiri bermasalah,” katanya sinis.


Beliau mempersoalkan ke mana hala tuju dan jentera PH apabila BN berdepan GRS, dan menegaskan bahawa tindakan itu akan menjadi pengajaran penting kepada BN di Semenanjung.

“Kalau mereka boleh ‘makan keliling’ di Sabah, BN pun boleh makan keliling di utara. Kita pun boleh guna strategi sama,” katanya dengan penuh keyakinan.


Dr. Azam turut meramalkan BN mampu menang antara 28 hingga 32 kerusi daripada 41 atau 42 yang dipertandingkan.

“Saya yakin BN akan bangkit kuat di Sabah. Kita akan turun padang, bersama calon, dan beri sokongan moral. Tapi ingat — jangan berkempen untuk parti lain seperti GRS. Itu salah dan boleh dipecat,” tegasnya.


Beliau menutup kenyataannya dengan pesanan agar semua calon BN kekal rendah diri, senyum selalu dan dekat dengan rakyat, sambil mengucapkan “Good luck Barisan Nasional!”

#PRNSabah2025
#BarisanNasional
#UMNOBangkit
#SabahMemilih
#PolitikMalaysia
#BungMoktar
#DrAzamRauzan
#ZahidHamidi
#GRSvsBN
#PHMakanKeliling

Leave a Reply