
KUALA LUMPUR, 15 November 2025 — Malam penuh emosi, warna dan semangat tercipta apabila Unveiling Uniqueness 2 – Celebrating Diversity kembali menghiasi pentas dengan persembahan luar biasa oleh 45 penghibur istimewa dari seluruh negara. Festival muzik inklusif yang berlangsung di The British International School Kuala Lumpur (BISKL) ini mengangkat keunikan bakat neurodivergent dan individu kelainan upaya dalam satu pentas yang sarat harapan serta kemanusiaan.
Dianjurkan oleh Musicians for Musicians (MF) dengan kerjasama Music Mart, serta disokong oleh Yayasan Sime Darby, acara ini turut mendapat tajaan venue daripada BISKL. Pentas kali ini membuktikan bahawa kreativiti dan keupayaan manusia tidak pernah mengenal batasan — sama ada penghidap autism, ADHD, Down Syndrome, cerebral palsy, atau cabaran visual, fizikal dan pendengaran.
Malam tersebut tampil dengan pelbagai persembahan menarik, daripada piano klasik ke persembahan rock, vokal solo, ensemble perkusi dan kolaborasi artis muda serta dewasa. Turut memeriahkan pentas ialah dua nama besar industri muzik negara: Dato’ Francissca Peter dan Frankie Tan, yang tampil memberi sokongan penuh kepada komuniti istimewa ini.

Selain persembahan, acara ini turut menampilkan ‘Special Needs Community Bazaar’ bermula jam 5.00 petang hingga 8.30 malam. Bazaar ini mengetengahkan makanan, kraftangan dan produk buatan tangan oleh para usahawan OKU — memberi ruang kepada masyarakat untuk menyokong mereka secara langsung.
“Music is the language that unites us all,” jelas Edwin Nathaniel, Pengerusi Komuniti Unveiling Uniqueness 2 merangkap pengasas Music Mart. “Setiap nota malam ini membuktikan bahawa inklusiviti bukan sekadar slogan — ia adalah sesuatu yang boleh kita rasa, dengar dan rayakan bersama.”

Bagi Datin Hasnah Abdul Rahman, yang turut menggerakkan penganjuran, acara ini lebih besar daripada sebuah konsert.
“Unveiling Uniqueness 2 adalah suara kepada mereka yang sering tidak didengari. Ia mengingatkan kita bahawa kepelbagaian bukan kekangan… ia adalah keharmonian paling indah.”
Acara ini digerakkan sepenuhnya oleh tenaga sukarelawan dari pelbagai latar belakang yang berkongsi satu tekad — menjadikan muzik sebagai jambatan penyatuan, pemberdayaan dan perubahan sosial.
Kemuncak malam menyaksikan persembahan finale lagu Tomorrow dan RISE!, menampilkan kolaborasi penuh emosi antara Dato’ Francissca Peter dan semua persembah. Mesejnya jelas: bangkit bersama, berharap bersama, dan meraikan keunikan setiap insan.
Butiran Acara:
Tarikh: Sabtu, 15 November 2025
Tempat: The British International School Kuala Lumpur (BISKL)
Bazaar: 5.00 PM – 8.30 PM
Konsert: 7.00 PM – 9.30 PM
#UnveilingUniqueness #UU2 #CelebratingDiversity #Inclusion #UnveilingUniqueness2 #CelebratingDiversity #InclusionMatters #MusicForAll #SpecialNeedsCommunity #RiseTogether #MalaysiaCares #UnityThroughMusic #InspirasiMalaysia #AATVNews