KUALA Lumpur, 17 November 2025 — Kenyataan berbentuk renungan dan kesetiaan politik yang dikongsikan Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato’ Dr Armand Azha Hj Abu Hanifah, mencuri perhatian apabila beliau menegaskan bahawa perjuangan parti perlu diasaskan dengan ketabahan serta keutuhan semangat, terutama saat parti berdepan pelbagai cabaran dalaman dan luaran.

Mengulas kata-kata popular DS Najib Razak (DSNR)“Kawan waktu senang memang mudah dicari. Kawan waktu susah amat payah ditemui. Namun kawan yang tetap bersama ketika susah itulah yang kekal abadi.” — Armand menyatakan bahawa prinsip kesetiaan inilah yang menjadi landasan penting dalam mengemudi perjuangan politik hari ini.

Menurut beliau, dunia politik bukan medan untuk jiwa yang rapuh atau mudah berputus asa, sebaliknya ia menuntut keberanian menghadapi tikaman, cabaran dan permainan politik yang tidak pernah berhenti.

“Kekal tenang apa pun cabaran, apa pun tikaman, semuanya adalah resam dalam menongkah arus perjuangan. Persoalannya: adakah kita rapuh atau kita tetap teguh dalam mengembalikan kekuatan parti untuk masa depan?” katanya.


Armand menekankan bahawa rakyat kini memerhati setiap langkah dan menilai kepimpinan melalui proses demokrasi sama ada PRU, PRN mahupun PRK. Oleh itu, nilai-nilai seperti kesetiaan, ketaatan, keyakinan diri, dan ketabahan menjadi kayu ukur utama kepada kelangsungan kepimpinan sesebuah parti.

Beliau turut menegaskan pendiriannya untuk terus kekal bersama Barisan Nasional, walau apa pun ujian dan gelombang politik yang melanda.

“Saya tetap bersama BARISAN NASIONAL, waimah apa jua ujian yang mendatang. Susah atau senang, kita hadapi cabaran ini bersama. Perjalanan ini masih panjang, ibarat marathon yang menuntut ketahanan mental dan fizikal,” jelasnya.


Kenyataan ini dilihat sebagai isyarat bahawa UMNO dan BN perlu memperkukuhkan kembali semangat akar umbi, selain memastikan kepimpinan parti terus stabil menjelang siri pilihan raya akan datang.

Armand menutup kenyataan beliau dengan penuh komitmen:
“Saya BN dulu, kini dan selamanya.”

#AATVNews #ArmandAzha #UMNOSubang #BarisanNasional #BosskuLegacy #SetiaDalamPerjuangan #PolitikMalaysia #PRU2025 #SuaraAkarUmbi #KekalBersamaBN

Leave a Reply