KUALA LUMPUR, 5 Disember 2025 — Aktivis Sosial dan jurucakap Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr. Kalaivanar, sekali lagi mengeluarkan kenyataan lantang apabila mendakwa wujudnya “sandiwara politik” melibatkan beberapa pemimpin DAP susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Dalam kenyataan videonya, beliau mendakwa tindakan beberapa ahli Parlimen termasuk Lim Guan Eng dan wakil rakyat Jelutong sebagai cubaan menuding kesalahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas kekalahan gabungan tersebut di Sabah.
“Semalam kita lihat pelbagai sandiwara oleh ‘bapak-bapak drama’. Bila kalah, tiba-tiba menyalahkan Anwar Ibrahim. Padahal dasar seperti SST dan e-invois mereka sendiri yang sokong sejak mula,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan kononnya beberapa pemimpin DAP telah memberi amaran lebih awal kepada kerajaan mengenai isu-isu ekonomi, namun menurutnya, “mereka tetap menikmati gaji dan jawatan setiap bulan”.
Masyarakat Cina Sudah Membuka Mata – Kalaivanar
Kalaivanar menegaskan bahawa masyarakat Cina kini lebih bijak menilai prestasi parti politik, sambil memuji keberanian Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, yang sering membangkitkan isu-isu kritikal di Parlimen.
“Orang Cina bukan bodoh. Hari-hari Wee Ka Siong tanya soalan, banyak pendedahan dibuat. Kalau betul berani, lawanlah MCA,” tegasnya.
Seru Anthony Loke Letak Jawatan
Beliau turut menyentuh kelemahan pengurusan isu pengangkutan dan infrastruktur, serta menggesa Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, meletakkan jawatan.
“Kalau tahu apa itu malu, dia patut beri laluan kepada generasi baru dalam DAP,” katanya.
Antara isu yang dibangkitkan termasuk kegagalan menangani masalah lori, insiden Aerotrain KLIA, dan beberapa isu pengangkutan awam.
Cabaran Debat Terbuka
Dalam kenyataan sama, Kalaivanar mencabar mana-mana pemimpin DAP untuk berdebat secara profesional.
“Booking satu dewan, mari debat fakta. Jangan buat wayang lagi,” tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa kenyataannya bukan bermotif politik, tetapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap isu nasional.
#AATVNews #IsuPolitikSemasa #SandiwaraPolitik #DAP #PakatanHarapan #SabahPRN #DebatTerbuka #SekretariatBahanaKesetiaanNegara #SuaraRakyat #AnalisisPolitikMalaysia