KUALA LUMPUR — Kenyataan lantang Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, kembali mencetuskan perhatian apabila beliau menyentuh isu peletakan jawatan beberapa menteri serta spekulasi mengenai rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Ketika ditanya mengenai tiga menteri yang telah meletakkan jawatan dan dua lagi senator yang tamat tempoh lantikan, Dr. Azam berkata bahawa isu rombakan Kabinet bukan lagi perkara utama yang perlu difikirkan oleh kerajaan.
Menurut beliau, jika diteliti situasi politik semasa, Perdana Menteri sepatutnya “tidak lagi memikirkan rombakan Kabinet”, sebaliknya mempertimbangkan pilihan yang lebih besar.
“Lebih baik dia fikir pasal membubarkan Parlimen… lagi lama bertahan, lagi merudum imej kerajaan Madani,” kata Dr. Azam.
Beliau turut menyatakan pendapat bahawa imej kerajaan ketika ini sudah terjejas selepas tiga tahun pentadbiran berjalan.
“Kerajaan Madani dah rosak dah. Maaf cakap… selepas UMNO menjadi pengikut yang baik, saya kena bersuara bagi pihak akar umbi,” katanya.
Dr. Azam menegaskan bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan besar, namun banyak ramalannya sebelum ini dianggap tepat oleh para penyokong di peringkat akar umbi. Beliau turut mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan politik pada masa terdekat.
Sebelum menamatkan kenyataannya, Dr. Azam berseloroh bahawa isu “siapa lulus atau tidak lulus” dalam rombakan Kabinet tidak perlu dibangkitkan lagi, sambil menyebut ungkapan, “Yana dey, yana dey… bye-bye.”
Kenyataan tersebut kini menjadi buah mulut pemerhati politik yang melihat suara-suara dari peringkat cawangan sebagai indikator mood akar umbi UMNO menuju PRU akan datang.
#KrisisKabinet #PolitikMalaysia #PRU #KerajaanMadani #UMNO #IsuSemasa #AkarUmbiBersuara #ReshuffleKabinet #Parlimen #AATVNews