KUALA LUMPUR, 28 Disember 2025 – Dunia seni mempertahankan diri tempatan bakal digegarkan dengan penganjuran FURY REDEMPTION, sebuah acara pertarungan berprestij yang menghimpunkan 22 petarung elit dari dalam dan luar negara, menjanjikan aksi penuh adrenalin serta emosi yang membara.
Dianjurkan oleh AR Fury Holdings Sdn Bhd, FURY REDEMPTION tampil sebagai platform kebangkitan buat para pejuang yang membawa kisah perjuangan tersendiri – daripada atlet yang kembali selepas kecederaan, perseteruan lama yang ingin ditamatkan, sehinggalah bintang baharu yang mahu membuktikan kemampuan mereka di pentas antarabangsa.


Acara ini akan membuka tirai dengan Ceremonial Weigh-In dan Sidang Media Rasmi pada 27 Disember 2025 di Arena Sukan Setapak, Kuala Lumpur, yang akan disiarkan secara langsung menerusi TikTok dan YouTube @furychampionshipmy, serta terbuka kepada orang ramai secara percuma.
🔥 Sorotan Utama FURY REDEMPTION
Perlawanan Utama (Main Event):
Elias Ghazali (Malaysia) vs Fahri Alamsyah (Indonesia)
Co-Main Event:
Riedzwan Norsyahmie (Malaysia) vs Alan Naseer (Iran)
Celebrity Match-Up:
Adam Lee vs Alif Muhaimin
Under-card Fights:
Menampilkan barisan bakat baharu tempatan dan antarabangsa dengan gaya dan latar belakang unik masing-masing.
Acara kemuncak FURY REDEMPTION FIGHT NIGHT akan berlangsung pada 28 Disember 2025, bermula seawal jam 12 tengah hari dengan Food Fiesta, diikuti karpet merah, dan pertarungan utama bermula jam 7.45 malam. Siaran langsung akan disiarkan melalui RCTI+ (Main Bout) serta YouTube & TikTok Fury Championship untuk aksi awal.
FURY REDEMPTION turut disokong oleh rakan strategik seperti SPEED+ (Official Fight Gear), ELLOJOY (Official Zero Sugar Drink), KATO (Official Fight Purse), Media Prima, WOWTIX, serta mendapat sokongan rasmi daripada Kementerian Belia & Sukan, Persatuan Muay Thai Malaysia, Malaysia Professional Boxing Federation dan Persatuan Muay Thai Kuala Lumpur.
Sebagai penganjur, AR Fury Holdings Sdn Bhd tampil dengan visi besar untuk membina ekosistem sukan tempur serantau yang mampan, profesional dan bertaraf dunia, sekaligus melahirkan atlet Asia Tenggara yang mampu menggegar pentas global.
#FuryRedemption #FuryChampionship #FightNightMalaysi #SeniTempurAsia #MMAAsia #RoadToGlory #FuryRising #FightForRedemption #MalaysiaFights #AATVMedia