KUALA LUMPUR : Projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sejak 3 tahun lalu yang dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sangat membebankan dan memeningkan.

Menurut Pengerusi PR1MA, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, apabila projek-projek yang dibatalkan, pihak kontraktor akan tetap menghantar tuntutan bagi kos-kos bahan mentah dan buruh yang sudah dibayar ketika menjalankan projek berkenaan.

“Pihak kami terpaksa meneliti semula tuntutan bagi setiap projek, meneliti tahap perkembangan projek sehingga ada beberapa projek yang sedang mengalami tindakan mahkamah.

“Pembatalan segala projek-projek ini membabitkan kos ratusan juta ringgit kesan daripada keputusan itu, katanya ketika Sidang Media Majlis Ihya Ramadan PR1MA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sebentar tadi.

Terdahulu ia turut menyaksikan satu Memorandum Persefahaman dimeterai dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi penubuhan PR1MA Chair.

Tujuan MoU ini ialah menyelaras inisiatif pengajian lanjutan bagi kakitangan PR1MA melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran UIAM yang akan memberi manfaat kepada kakitangan.

Mengenai Isu perumahan untuk rakyat apabila berlakunya pertukaran kerajaan, beliau menggesa satu dasar perlu dibuat bagi melindungi rakyat, kontraktor dan agensi berkaitan.

“Sekurang-kurangnya sebanyak 10 projek yang dibatalkan itu sudah ada pembeli, ia tidak akan menghalang PR1MA untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya lagi.

Tambahan pula, dalam tempoh suka pertama 2022 ini, PR1MA sudah pun mencapai jualan yang amat membanggakan bernilai RM400 juta dan antara jualan tertinggi bernilai RM1.3billion sejak 3 tahun lalu.

Residensi PR1MA juga menawarkan lebih 1000 unit kediaman melalui Skim PR1MA Rent-to-Own (RTO).

Skim ini ditawarkan kepada bakal pembeli dengan kos kemasukan yang rendah, kos bulanan rendah untuk 5 tahun pertama serta harga rumah yang mampu milik dan terkawal.

Leave a Reply