CHERAS – Dengan kepakaran dalam penyediaan platform pembayaran digital, pemesejan kod ringkas (SMS) dan transformasi digital, Intact Media hari ini menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam mengembangkan lagi potensi perlaksanaan transaksi digital di seluruh negara.
Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Rishi Ross berkata khidmat pembayaran digital begini perlu diperluaskan secara optimum melalui penyediaan penyelesaian pembayaran yang meluas untuk perniagaan menerima dan memproses pembayaran dalam talian dengan lancar.
Menurutnya Intact Media melalui kepakarannya dalam teknologi seperti “Big Data Analytics” dan Kepintaran Buatan (AI) termasuk tumpuan untuk meningkatkan teknologi, modal insan, rantaian nilai dan keupayaan selepas jualan dalam mana-mana industri dan ekosistem mobiliti yang berkaitan.
“Penyelesaian kami mengubah peluang kepada nilai perniagaan merentas pelbagai pasaran, terutamanya untuk proses, kumpulan dan organisasi hibrid.”
“Portfolio penyelesaian kami yang luas merangkumi keseluruhan kitaran hayat operasi di kebanyakan organisasi utama dan kami dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan diperakui oleh PCI DSS Tahap Satu yang dilengkapi teknologi terkini dan trend keselamatan.
Rishi ditemui di program “Anjakan Digital Ummah”, Masjid AlMukhlisin Alam Damai, Cheras yang menjadi projek rintis penyediaan solusi perkhidmatan kiosk layan diri di premis institusi masjid di bawah pentadbiran JAWI.
“Intact Media akan memanfaatkan projek “Smart Mosque” di bawah kelolaan JAWI ini dan yakin ia mampu direalisasi dalam pembinaan ummah yang inovatif dan kreatif melalui penyediaan solusi kehidupan di era digitalisasi negara,” katanya.