Sidang Media Telefilem Seram “Memburu” – Tiada Sesiapa Akan Terlepas!

Sebuah Filem dari BR-V IMMORTAL & DJ-H hasil karya Jaafar Taib & SK serta diarahkan sendiri oleh SK ini mengisahkan tentang kasih sayang seorang ayah yang sanggup buat apa sahaja demi anaknya. Namun, tindakan & keputusan salah ayahnya itu akhirnya memakan semula dirinya sendiri dan anak kesayangannya itu.

Seorang gadis miskin lagi malang yang tidak sempat memenuhi hajat ibunya dikorbankan demi menyelamatkan anak kesayangannya itu.

Manakala, doktor yang tamak telah mengambil kesempatan menghasilkan jutaan ringgit dari kegiatan tidak bermoral ini demi hidup mewah.

Apakah sebab semua ini terjadi?

Bagaimana keegoisan & keserakahan mereka yang sanggup membunuh seorang gadis miskin dengan kejam itu?

Bagaimana Roh gadis itu bangun dari persemadiannya untuk menuntut bela & membalas dendam terhadap pengkhianat disebalik mautnya.

Saksikan ianya yang bakal ditayangkan di ASTRO FIRST akan datang!

Telefilem ini dibintangi oleh pelakon yang hebat seperti FAUZI NAWAWI, SHAH ISKANDAR, PUTERI SARAH LIYANA, SOFI JIKAN, SERRA KAMAL & CATHY IKH.

Leave a Reply