KUALA LUMPUR: Lebih 70 tahun, MILO® telah berkongsi kebaikannya dengan rakyat Malaysia dan menjadi jenama isi rumah yang dihargai ramai.
MILO® kekal berusaha untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada rakyat Malaysia dengan ‘semangat juara’ serta mengukuhkan mesej kepentingan bersarapan pagi.
Raihlah tahun baharu dengan menikmati kebaikan MILO setiap hari untuk tenaga berpanjangan.
2023 adalah tahun yang akan membangkitkan semangat juara semua rakyat.
Masyarakat Malaysia kini kembali menjalani kehidupan yang normal, justeru akan menetapkan matlamat untuk dicapai dan impian untuk dikejar.
Selepas beberapa tahun berkurung, kini adalah masanya untuk kembali seperti sediakala.
Ramai telah mula bekerja di pejabat manakala ibu bapa juga kembali dengan rutin menghantar anak-anak ke sekolah seperti dulu.
Sarapan adalah sajian harian yang paling penting namun Kajian MyBreakfast menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 kanak-kanak yang bersekolah di Malaysia tidak bersarapan pagi.
Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia, Wong Mei Ching berkata, kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa kanak-kanak akan menghadapi kehilangan tenaga simpanan selepas tidur semalaman.
“Kajian terbaru menunjukkan bahawa kira-kira 1/4 daripada tenaga simpanan badan kita akan digunakan selepas tidur semalaman.
“Oleh itu bagi mengisi semula tenaga mereka, ia amat penting untuk bersarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang bagi memulihkan kecergasan mereka,” katanya.
Penyediaan sarapan yang sihat, seimbang dan berkhasiat mungkin mencabar bagi segelintir ibu bapa, terutamanya mereka yang bekerja sepenuh masa.
Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan penyayang, mereka akan selalu mengutamakan dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam segala aspek.
Secawan MILO® yang panas adalah pilihan sempurna untuk pagi anak anda.
Kebaikan semula jadi dalam secawan MILO® yang dirumus dengan formula khas untuk memenuhi keperluan nutrisi harian dan membekalkan tenaga berpanjangan untuk mereka kekal fokus and aktif di sekolah.
MILO® mengandungi kebaikan semula jadi daripada bahan-bahan terpilih termasuk Barli Malt, Susu dan Koko dengan gabungan unik vitamin dan mineral yang memberikan anak anda tenaga berpanjangan pada waktu pagi dan satu permulaan hari yang tepat.
MILO® dianugerahkan dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Artis tempatan yang juga bapa tunggal kepada empat anak, Shuib Sepahtu berkata, setiap pagi, walau sesibuk mana pun dia akan menyediakan sekurang-kurangnya secawan MILO® yang panas buat anak-anak supaya mereka memulakan hari dengan tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif dan fokus di sekolah sebelum waktu rehat.
Bagi Juruhebah radio, Gan Mei Yan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat kepada anaknya setiap pagi seperti yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika di bangku sekolah dahulu.
“Dulu, ibu bapa saya sentiasa menyediakan secawan MILO® yang hangat pada waktu pagi sebelum saya ke sekolah.
“Secawan MILO® yang diberikan ibu saya sangat penting untuk saya kekal bertenaga di sekolah. Itulah sebabnya apabila saya menjadi ibu sekarang, giliran saya pula menyediakan MILO® untuk anak saya,” katanya.
Mulakan tahun ini dengan menjuarai hari anda bersama kebaikan MILO® untuk memberi tenaga yang berkekalan dan meraih pencapaian yang lebih tinggi.
Dengan secawan MILO® setiap pagi, setiap juara sudah bersedia untuk menjalani dan menjuarai hari kalian. Untuk melangkah lebih jauh segalanya tahun ini, #MILOSiapSediaJuara!