KUALA LUMPUR – Siapa lagi yang akan membahagiakan anak-anak kecil kalau bukan keluarga mereka sendiri.
Bagaimanapun, tindakan seorang wanita membelikan botol air berkualiti tinggi jenama MommyHana kepada tiga adik kesayangannya menerima kecaman netizen di Twitter dan Tiktok kerana menganggap harganya terlalu mahal.
Wanita terbabit, tular selepas memuat naik video rakaman di Tiktok @itsmeaisyah_ bersama tiga kanak-kanak dan meminta mereka membuat pilihan masing-masing sama ada ‘atas’ atau ‘bawah’ yang merujuk kepada botol air atau beg sekolah, memandangkan musim persekolahan bermula.
Ketiga-tiga mereka, termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) kudung tangan kiri, memilih botol air.
Aisyah kemudian menempah botol air jenama MommyHana di laman sesawang, dan meminta setiap mereka memilih botol air pilihan masing-masing.
Sebaik sahaja melihat sendiri barangan berkenaan, kesemua kanak-kanak berkenaan kelihatan sangat gembira malah terus mengisi air ke dalam botol air masing-masing.
Bagaimanapun, video yang diulang tayang sebanyak 2.8 juta kali itu, mendapat reaksi negatif daripada netizen apabila ada yang mempertikaikan tindakannya membeli botol air untuk adik-adiknya.
Terkejut dengan penerimaan itu, Aisyah menjelaskan isu itu di laman TikToknya, jika kita sendiri mahu membelikan sesuatu untuk orang yang tersayang, pasti kita tidak akan merasakan barangan itu mahal.
“Malah, jika kita sendiri membelikan botol air yang kurang kualitinya untuk anak kecil lalu botol itu jatuh dan pecah, kita sendiri terpaksa membelinya berkali-kali, membuatkan kos untuk membeli botol air itu sendiri menjadi mahal.
“Berbeza jika kita membelikan botol air yang berkualiti, cantik dan tahan lasak, pastinya ia lebih berbaloi untuk dibeli sekali saja dalam tempoh yang lama,” katanya.
Aisyah turut menambah, dia cuma berkongsi video itu di Tiktok kerana mahu orang ramai tahu kewujudan botol berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, malah pelbagai warna dan corak sesuai untuk pilihan kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Lebih menarik lagi, terdapat label pada botol berkenaan yang memudahkan pengguna kanak-kanak mengikut arahan waktu dan tempoh minum yang sesuai.
Sementara itu, Pengasas MommyHana
, Hana Shahadan berkata dia yang menerima khabar itu turut terkilan dan kecewa atas kecaman yang diterima di Twitter dan TikTok yang mendakwa harga produk MommyHana mahal.
Hana berkata, masyarakat tidak tahu usaha yang diletakkan untuk menghasilkan sesuatu produk, apatah lagi produk itu adalah berkualiti, tahan lama dan terbaik.
“Sebagai perbandingan, kita boleh membeli secawan kopi dengan harga RM15 ke RM20 tanpa banyak soal hanya kerana produk itu adalah produk dari negara luar.
“Jadi, kenapa orang kita sendiri mahu mengecam produk tempata sendiri hanya kerana harga yang bagi mereka mahal?,” katanya
Hana menjelaskan, hampir dua MommyHana menjalankan penyelidikan dan mengeluarkan modal mencecah jutaan ringgit bagi menghasilkan botol air terbaik untuk kanak-kanak.
“Jangan seperti anjing menyalak di bukit. Bukit tak runtuh, termalu diri sendiri,” katanya menerusi hantaran di laman sosial miliknya.
Untuk rekod, MommyHana ditubuhkan pada 2016, dan mula dikenali ramai dengan produk buku interaktif iaitu My First Book dan My Islamic Book.
Syarikat milik penuh bumiputera ini turut menghasilkan Islamic Audio Device serta makanan tambahan seperti Excel Hana, Emmune Kids dan Emmune Adult.
Syarikat yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Farid dan Hana itu semakin melebarkan pengaruhnya dengan menghasilkan produk persekolahan untuk kanak-kanak pada penghujung 2022.
Produk persekolahan MommyHana bukan sekadar berkualiti tinggi, bahkan berteknologi dan boleh diimbas menggunakan aplikasi MommyHana.
Dengan harga yang mampu milik, MommyHana menawarkan pilihan buat ibu bapa untuk membelikan produk persekolahan yang sangat cantik, berwarna-warni, berkualiti serta tahan lama.
Barangan MommyHana boleh dibeli melalui ejen MommyHana di seluruh negara, atau boleh terus layari di laman web www.mommyhana.com