SHAH ALAM, 6 April 2023 – RASAKU, sebuah jenama bahan asas isi rumah terkenal yang ditubuhkan sejak 1994 terkenal dengan produk kelapa berkualiti tinggi dan produk berasaskan soya beroperasi di bawah Kumpulan Syarikat LINACO ini menawarkan produk berasaskan kelapa terkemuka yang dihasilkan di Batu Pahat, Johor dan pelbagai sos yang lazat di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

LINACO menyahut seruan kerajaan apabila menyokong inisiatif Payung RAHMAH yang disertai oleh salah satu jenama terkemukanya, RASAKU.

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Sri Haji Salahuddin bin Ayub dengan objektif untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.

Inisiatif ini juga turut mendapat kerjasama rakan strategik KPDN termasuk Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Inisiatif payung RAHMAH ini menandakan langkah pertama RASAKU sebagai jenama bahan asas di bawah Kumpulan Syarikat LINACO dalam menyertai kempen nasional ini bermula dengan Jualan Rahmah dan Bakul Rahmah. Penyertaan ini juga merupakan salah satu usaha mewakili industri pembuatan bahan makanan asas dalam membantu perniagaan makanan yang terlibat dalam kategori ‘Menu Rahmah untuk menjimatkan kos bahan mentah mereka.

Rangkaian ramuan masakan RASAKU yang komprehensif, termasuk santan, kerisik, minyak masak kelapa, kicap dan sos tiram boleh didapati di rangkaian pasar raya dan kedai runcit terkemuka di seluruh negara.

Bagi Jualan Rahmah, RASAKU menawarkan potongan harga antara 15% hingga 25% bagi produk terpilih seperti santan, kerisik dan kicap. Disamping itu, bagi cabang Bakul RAHMAH pula, LINACO dengan sukacita memberi Sumbangan Ikhlas Bantuan Banjir Johor sebanyak RM100,000 berupa kombinasi produk dan dana kepada rakyat Johor yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu.

Menurut Joe Ling, Pengarah Eksekutif Kumpulan Linaco Group of Companies, mereka berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai salah satu pemain industri, memandangkan mereka merupakan pengeluar terbesar bahan makanan berasaskan kelapa di Malaysia. Peningkatan kos barangan dan bahan makanan telah menyebabkan beban kepada isi rumah berpendapatan rendah dan miskin tegar di mana secara tidak langsung telah menjejaskan penjual makanan yang menyertai “Menu Rahmah LINACO, yang dikenal pasti sebagai penyumbang penting kepada usaha ini, adalah jenama bahan mentah asas pertama yang menyertai program ini. Joe Ling seterusnya menambah bahawa LINACO komited untuk menyumbang 10% daripada keuntungan bersih syarikat setiap tahun kepada mereka yang memerlukan melalui The Bountiful Eye Foundation (TBEF), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah LINACO Group of Companies, di samping menyokong Inisiatif Payung Rahmah

Sementara itu, RASAKU juga turut menjalankan agihan “Bubur Lambuk RASAKU 2023, iaitu edaran “bubur lambuk di sekitar Lembah Klang, dengan tujuan untuk membawa kegembiraan dan keceriaan kepada masyarakat sepanjang bulan Ramadhan.

Salah satu bahan utama yang digunakan dalam “bubur lambuk ialah santan RASAKU. Pengagihan “bubur lambuk” dijadualkan pada tarikh terpilih sepanjang bulan Ramadhan dan waktu pengagihan adalah seawal jam 4.30 petang Antara lokasi pengedaran ialah Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam dan Kompleks PKNS Shah Alam, Bazar Ramadan TTDI, Bazar Ramadan Putrajaya, Bazar Ramadan Bangsar. Selain bazar Ramadan, kami juga mengedarkan “bubur lambuk” di NSK Rawang Jaya dan Selayang.

Justeru, LINACO berikrar akan terus menerus komited & menyokong usaha kerajaan ini dan sama-sama menjayakan kempen RAHMAH ini untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa.

Leave a Reply