Menghormati permintaan isteri untuk tidak memanjangkan lagi isu, aktor, Datuk Aaron Aziz meminta supaya Syamsul Yusof supaya memohon maaf kepada kedua orang tuanya dulu.

Aaron sebolehnya tidak lagi mahu mengulas lanjut mengenai perkata itu kerana menghormati permintaan isterinya, Datin Diyana Halik.

Jelas Aaron, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdamai, namun ia hanya akan terjadi apabila Syamsul yang juga pengarah filem The Original Gangster (TOG) berbuat demikian (minta maaf kepada ibu bapanya).

“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap secara umum, minta maaf kepada mak ayah dulu,” kata pelakon berusia 47 tahun berkenaan ketika ditanya wartawan bagaimana untuk menamatkan konfrontasi yang berlaku antara dia dan pengarah sensasi berkenaan.

Aaron juga meminta supaya semua pihak tidak membangkitkan atau menyebut lagi tentang isu antara dia dengan Syamsul sama ada di media cetak, media sosial atau elektronik.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan punca sebenar dia membuang nama Aaron Aziz daripada filem TOG disebabkan masalah kesihatan ‘slip disc’ yang dialami oleh aktor itu selain kenaikan berat badan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Aaron memuat naik hantaran video di Instagram mendakwa Syamsul enggan berjumpa dengannya berhubung isu pengguguran nama daripada membintangi filem TOG.

Malah, Aaron turut menunjukkan suntikan yang diambil untuk mendapatkan fizikal yang diinginkan Syamsul bagi filem TOG.

Namun apa yang membuatkannya terkilan adalah tindakan Syamsul yang menggugurkan namanya sebagai pelakon untuk filem terbabit sedangkan dia yang beriya-iya ingin Aaron berlakon untuk naskah itu.