KUALA LUMPUR – Syarikat Find Network & Deal (FND) adalah platform jaringan usahawan Malaysia bagi mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di bawah satu bumbung.

Syarikat ini menyediakan tiga kategori di dalam platform jaringan melalui laman sesawang www.fndnet.my iaitu usahawan, syarikat dan pelabur, di mana mereka boleh mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka mengikut kategori yang disediakan.

“Antara kelebihan platform ini iaitu semua usahawan adalah genuine entrepreneur dan setiap perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan juga akan diberikan rating (penilaian bintang).

“FND juga sedang bekerjasama dengan pihak bank dan agensi kewangan kerajaan untuk turut serta mempromosikan tawaran dan geran kepada usahawan yang mencapai rating yang paling tinggi, kata Mohd Riza Imam Maskor, Ketua Pegawai Eksekutif FND.

Kata Mohd Riza, platform ini merupakan pusat sehenti yang menghimpunkan semua perniagaan di bawah satu bumbung sambil mengembangkan rangkaian mereka.

“Objektif fndnet.my adalah mengenalpasti dan mengatasi kelemahan usahawan dari segi pengurusan perniagaan dan membina jaringan perniagaan.

“Sekiranya usahawan memerlukan pembiaya, mereka perlu sediakan kertas kerja atau bukti perkembangan perniagaan mereka dan mereka boleh menghantar permohonan melalui fndnet.my untuk dinilai oleh pembiaya hingga ke proses perbincangan, kata ketika ditemui media disini.

Bagi usahawan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini, boleh daftar sistem ini secara percuma di laman sesawang www.fndnet.my. – AATVNews

Leave a Reply