Kuala Lumpur – Jenama pakaian terkenal, Sabella tidak melepaskan peluang untuk turut meraikan sambutan Hari Guru 2023 dengan menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara mencecah RM1.2 juta, hari ini.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya menghadiahkan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru.
“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi .
Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka.
“Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan 20,000 helai baju melalui platform laman sesawang Sabella dan juga kami telah terjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya.
Katanya, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan mereka selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.
“Mungkin hadiah ini tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. Cuma, apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.
“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan. Doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Pada sesi itu, pelakon dan
selebriti terkenal, Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terbabit.