editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Jawatan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) kekal menjadi milik Datuk Seri Razali Mohd Sham, selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-8 persatuan itu diadakan hari ini.

Manakala Timbalan Presiden, disandang oleh Ustaz Datuk Mohd Zawawi Mohd Yusoh, Setiausaha Agung, Faridah Hamid, dibantu oleh Prof Datuk Dr Wan Toren sebagai Penolong Setiausaha dan Zakaria Mat Ali sebagai Bendahari.

Dalam ucapan pertama selepas dipilih semula untuk menerajui PAPUH, Razali memaklumkan, syarikat penerbangan perlu lebih peka untuk memberikan peluang mendapatkan tempat duduk dengan harga patut kepada semua Agensi Pelancongan berdaftar dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa agensi pelancongan sahaja.

“Perkara ini bagi mengelakkan kartel tiket penerbangan terus berleluasa sehingga harga tiket melambung tinggi seperti musim umrah tahun ini.

 “PAPUH juga berperanan dalam menyedarkan masyarakat awam tentang penipuan oleh scammer umrah dan haji,” katanya.

Sementara itu, Naib-Naib Presiden yang dipilih ialah Dr Fathir Badri Alhadad, Datuk Mohd Faizal Daud, Muhammad Fashan Zulkifli, Muhammad Mursyid Abu Hassan, Mohd Shafique Harjoh dan Muhammad Syazri Afiq Rosli.

By Cynthia

Leave a Reply