KUALA LUMPUR – Penyanyi muda, Iman Troye mengucapkan tahniah atas kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, atas pengumuman keputusan hari ini.

Menghargai usaha dan kesungguhan mereka, Iman menghadiahkan wang tunai RM300 kepada yang berjaya mencapai peningkatan dalam apa saja keputusan mata pelajaran SPM itu.

Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM (PTTI) itu berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian daripada keputusan yang sebelumnya gred G dan meningkat cemerlang kepada A.

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.

“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.

Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Malah, dia turut mengingatkan supaya setiap yang dipelajari di peringkat sekolah itu menjadi bekalan mendidik diri menjadi insan lebih baik akan datang.

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil,” katanya.

Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI.