editor@aatvnews.com
KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani, World Peace Entertainment (WPE) mengambil maklum akan isu yang tular membabitkan artis naungan mereka.
Dalam satu kenyataan, WPE berkata, pihaknya maklum akan sebuah hantaran yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok (@HatiBushuk / @shrimpippy8621p) mengenai dirinya yang sedang hamil.
“Di ruangan komen, nama artis dibawah naungan kami iaitu Ismail Izzani telah dikaitkan tanpa bukti yang munasabah.
“Selepas meneliti ruangan komen, pemilik akaun TikTok terbabit telah mengeluarkan kenyataan bahawa Ismail Izzani bukanlah artis yang dimaksudkan dan seperti tuduhan yang diperkatakan oleh netizen.
“Dengan komen yang dikeluarkan oleh pemilik akaun TikTok itu, kami berharap agar tiada lagi sebarang tuduhan dan spekulasi yang membabitkan Ismail Izzani,” katanya.
Katanya lagi, mereka memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan Ismail Izzani dengan hantaran berkenaan.
“Kami berharap agar isu atau fitnah ini dihentikan serta merta dan semoga pemilik akaun TikTok itu dapat menemui jalan penyelesaian sekiranya benar dirinya teraniya seperti yang dinyatakan,” katanya lagi.