editor@aatvnews.com

Oleh : Shahbudin Embun

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tan Sri Razarudin Husain atas lantikan sebagai Ketua Polis Negara baharu , menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Begitu juga kepada Datuk Seri Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Razarudin mempunyai pengalaman yang sangat luas dan sebelum ini pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dua tahun selepas itu. Seterusnya beliau dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis dengan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak. Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021

Sementara Ayob Khan pula pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.Kemudian pada tahun 2022, beliau kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
Selaras dengan perlantikan ini, Majlis Perundingan Melayu juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan.
Pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di atas pelantikan perlantikan ini yang membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan amat komited dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan kepada masyarakat selain melaksanakan anjakan tatakelola dalam pentadbiran negara.

Dan pastinya PDRM sebagai sebuah agensi penguat kuasa utama negara ini, akan terus meningkat dan memantapkan usaha untuk membantu kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh anggota masyarakat.
Kami MPM tetap akan bersama sama Kerajaan MADANI serta pasti menjadi mata dan telinga dan menghulur kan hubungan erat yang padu pada PDRM di bawah pimpinan baru kombinasi mantap PDRM terbaru ini .

Pihak kami bertuah kerana MPM sendiri dipimpin oleh Tun Hanif Omar dan dibantu oleh pasukan Jawatan Kuasa Pemandunya termasuk Tan Sri Musa Hasan dan mereka berdua merupakan mantan Ketua Polis Negara yang telah menabur jasa besar pada negara.

Oleh : Shahbudin Embun
Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan MPM
(Majlis Perundingan Melayu)

Leave a Reply