KUALA LUMPUR – Julung kalinya, teknologi blok rantaian dengan ekosistem komprehensif, lebih cekap, dan kos efektif menggunakan rangkaian sistem agihan (decentralised), diperkenal menerusi platform ACIGOLD®.
ACIGOLD® atau Alternate Commodities Index Worldwide, milik syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dan Dubai, UAE, yang memperkenalkan platform inovatif itu bertujuan memastikan semua aktiviti interaksi dan transaksi adalah selamat dan telus.
Platform ACIGOLD® ketika ini merangkumi beberapa aplikasi seperti ACI CHAT® (audiovideo), ACI LIVE® (mesyuarat atas talian), ACI STORE® (beli-belah), dan ACI EXCHANGE® (matawang).
Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD, Datuk Sheikh Jamal, berkata ACIGOLD® bertujuan untuk merevolusikan gaya hidup, bekerja dari jauh dan berurus niaga dalam talian kepada penggunanya.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ACIGOLD® kepada dunia.
“Matlamat kami adalah untuk mencipta platform komprehensif yang membolehkan individu bukan sahaja berhubung dengan orang tersayang tetapi juga meneroka cabang baharu dalam dunia perniagaan.
“Dengan ACIGOLD®, pengguna kini boleh beralih perbualan mereka kepada sumber pendapatan, perniagaan atas talian dan membeli-belah secara percuma. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua pihak terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pra pelancaran ACIGOLD® dan Pertubuhan Pendidikan Blockchain, Sabah, dengan pembukaan cawangan di sini, baru-baru ini.
Katanya, ekosistem teknologi blok rantaian yang komprehensif seperti ACIGOLD® mencipta peluang bagi pengguna di seluruh dunia, sekali gus bersedia menjadi peneraju dalam industri web blok rantaian.
Lanjut mengenai ACI CHAT® (audiovideo), pengguna bukan boleh berhubung bersama keluarga dan kenalan sambil menjana wang manakala ACI LIVE® (mesyuarat atas talian) membolehkan mesyuarat, seminar, persidangan dengan rakan sekerja dan pelanggan dari seluruh dunia, tanpa perjalanan fizikal dan mengurangkan kos berkaitan.
ACI STORE® (beli-belah) memudahkan pembelian lebih fleksibel, selain penawaran pelbagai jenis produk dalam satu platform manakala ACI EXCHANGE® (matawang) membolehkan pengguna membeli, menjual dan berdagang mata wang dengan mudah, mengembangkan kewangan mereka melalui kelebihan yang ditawarkan di teknologi blok rantaian Web3.
Kesemua aplikasi berkenaan boleh dimuat turun dari ‘Google Playstore’ dan ‘Applestore’ di telefon bimbit masing-masing.