KUALA LUMPUR – Produk minuman kolagen baharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide dengan 11 ramuan premium untuk kecantikan luaran dan dalaman diri, bakal memberi tuah kepada penggunanya yang menyertai kempen #aurawhitedazzle2023.
Pembeli produk keluaran Aurawhite Global Sdn Bhd (Aurawhite) itu berpeluang memenangi hadiah pakej percutian ke Korea tajaan Aurawhite berdasarkan terma dan syarat.
Pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer berkata, mereka boleh wujudkan kandungan video menarik bersama produk Aurawhite Dazzle Glopeptide dan kongsikan ia di Tiktok masing-masing beserta tag @aurawhitehq dan tanda pagar #aurawhitedazzle2023.
“Pada tahun ini, Aurawhite melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi ‘all in one’, dengan 11 ramuan premium semulajadi.
“Ramai pengguna setia pasti teruja dengan keluaran produk terbaharu daripada Aurawhite ini,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau yang mengasaskan Aurawhite bersama Datuk Saiful Safwan sejak 2012, berkata demikian pada majlis pelancaran produk berkenaan di Park Royal Collection Kuala Lumpur , di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai produk baharu itu, 11 ramuan berkenaan antaranya litchi chinensis (ekstrak laici), kelopak ros, rosa canina (rosehips), aloe vera (lidah buaya), kranberi, biji anggur, tomato, dan tambahan khasiat biotin, vitamin C, E dan A.
Katanya, Aurawhite Dazzle Glopeptide dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit, sangat baik untuk kuku, rambut dan tumit kaki.
“Kandungan biotin juga adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh selain menguatkan struktur kuku dan rambut.
“Apabila usia semakin meningkat, kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi Aurawhite Dazzle menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida, melalui proses hidrolisis canggih ia menghasilkan molekul yang boleh diserap dengan baik untuk tubuh badan,” katanya.
Beliau menambah, Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan edisi terhad 400g, dengan kandungan kolagen diiktiraf dan dilulus oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Aurawhite, adalah syarikat bumiputera dengan lebih 40 rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkualiti tinggi seperti Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Sparkle Diamond Skincare, Aurawhite Gold Collagen, Auramen Whey Protein, Auramen M16 untuk pasaran Malaysia dan luar negara, sejak 10 tahun lalu.
Syarikat ini turut menerima pengiktirafan Super Health Brand Asia Pacific, dan Keris Entrepreneur Award.
Artis dan penyanyi, Ayda Jebat masih dikekalkan sebagai pengguna dan duta Aurawhite.
Aurawhite membuka peluang kepada yang berminat untuk sertai mereka menjana pendapatan sebagai menjadi stokis, ejen atau affiliate.
Untuk info lebih lanjut mengenai rangkaian produk Aurawhite, boleh terus melayari laman web rasmi mereka di www.aurawhite2u.com, ikuti di Facebook dan Instagram @aurawhiteofficial, Tiktok @aurawhitehq atau hubungi 0142388884 @ 03-90111114.