AMPANG JAYA – Mutakhir ini, semakin ramai bergiat melestarikan identiti bangsa, warisan seni dan budaya negara dengan mempelbagaikan bentuk program, bagi membuka kembali mata masyarakat yang dibuai pengaruh asing.
Bukan sahaja pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perseorangan malah agensi kerajaan berusaha mempromosi pelancongan termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
MPAJ menerusi hantaran di Facebook berkata, pihak berkuasa tempatan itu sedang mempromosi lokasi pelancongan bersejarah di Ampang.
“Sehubungan itu, Unit Pelancongan, Pendidikan dan Wanita, Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap sedang dalam usaha mendapatkan gambar lama, peralatan, artifak dan lain – lain berkaitan sejarah Ampang.
“Pihak MPAJ membuka peluang serta bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan mana – mana pihak atau individu yang ingin berkongsi berkaitan perkara tersebut di atas,” demikian menurut MPAJ.
Bagi yang berminat, boleh menghubungi En Kamil di talian 0126277210 atau Pn Hanim di 0105343292.