KUALA LUMPUR – Rakyat digesa menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid adalah kerana permohonan pihak Pendakwa Raya dan bukannya daripada peguam bela Presiden UMNO itu.

“Itu sebenar berlaku di mahkamah. Saya saksi hidup, lihat perkara ini dijalankan.

“Nampak macam mana proses berlangsung dan tidak ada tekanan. Lihat hakim telah setuju,” katanya kepada AATV News.

Isnin lalu, pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan menghentikan prosiding terhadap Zahid.

Ia termasuk surat representasi oleh Presiden UMNO itu yang menyatakan pertuduhan dibuat ke atasnya dilakukan secara terburu-buru.

Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan yang setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sementara itu, Gulam yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu berkata pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan Zahid harus melihat kembali sebelum ini ada kes-kes pemimpin politik yang digugurkan sebelum ini.

Beliau memberi contoh seperti kes Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kesnya digugurkan.

“Apa beza Zahid dengan dia orang. Kalau nak layan orang luar tak suka Zahid tak habis.

“Yang penting keputusan mahkamah telah diputuskan dan sebagai rakyat Malaysia kena junjung rukun negara iaitu keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Leave a Reply