KUALA LUMPUR – Seramai 29 pelajar cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima Bayaran Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) semalam.
Mereka adalah para pelajar yang telah menerima tajaan Skim Biasiwa Pengajian Tinggi YWP bagi sesi 2020/2021.
Tajaan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP ini merupakan salah satu inisiatif YWP dalam pembangunan pendidikan dan YWP percaya hanya dengan pendidikan mampu mengubah nasib seseorang.
Dalam pada itu, YWP yakin tajaan itu diyakini mampu menjadi motivasi dan perangsang kepada pelajar untuk terus mendapat pendidikan terbaik walau di mana berada.
Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP mula diwujudkan sejak tahun 2015 lagi dan seramai 250 orang pelajar telah dibantu dengan peruntukan penajaan sebanyak lebih dari RM3 juta.
Para pelajar yang menerima skim bantuan ini adalah dari kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dan miskin.
“Namun mempunyai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditawarkan masuk ke institut Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Semalam, para pelajar akan menerima jumlah pembiayaan sebanyak RM110,914.50 dan ini merupakan sumbungan dari tabung kebajikan dan pelajaran YWP.
Sementara itu, YWP turut menjemput wakil penyumbang iaitu dari Tabung Haji dan UMW.
YWP berharap sumbangan Skim Biasiwa Pengajian Tinggi ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang pengajian masing-masing.
“Semoga mereka ini juga akan menjadi pemimpin hebat pada masa hadapan, kata YWP.
Cek Skim Biasiswa disampaikan oleh Pengarah Eksekutif YWP, Abdul Rahman Siraj dan Pengurus Cawangan Tabung Haji, Biby Haslinda Karibullah.
YWP sangat mengalu-alukan semua pihak sama ada individu, syarikat korporat, syarikat persendirian dan agensi untuk bersama-sama menyumbang ke tabung kebajikan dan pelajaran YWP.
“Ini agar hasrat murni YWP membantu warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat direalisasikan,” kata YWP.