Baru-baru ini, tular video seorang lelaki ditahan pihak berkuasa, dipercayai membaling batu di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang.

Walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian, namun perbuatan individu itu seolah mencerminkan rakyat masih berada dalam mentaliti kelas ketiga.

Banyak yang mendakwa, mentaliti kelas ketiga atau mundurnya pemikiran sesuatu bangsa berpunca daripada hilang adab dan adat.

Malaysia atau dikenali Tanah Melayu sejak dahulu menekankan adab dan adat sebagai perlembagaan bermasyarakat, sehingga rakyatnya menjadi bangsa bertamadun.

Seharusnya, Rukun Negara kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan selain adab dan adat perlu ditekankan sebagai asas pembentukan pemikiran dan jati diri bangsa bertamadun.

sumber :
https://www.vitdaily.com/baling-batu-pada-ktm-bukti-rakyat-malaysia-mundur/

https://majoriti.com.my/berita/2023/11/19/video-lelaki-dipercayai-baling-batu-kena-cekup-polis-di-mrt-kajang

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/01/11/ktmb-rugi

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/04/19/adab-penentu-jatuh-bangun-pemimpin-bangsa-dan-negara–raja-nazrin/

Jangan biarkan pemimpin berperibadi buruk pimpin negara – Sultan Nazrin

Perlu ganti cermin setiap hari, konduktor KTM mohon ibu bapa nasihati anak tidak baling batu