KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini telah memberi bantuan khas kepada dua orang warganya yang kurang bernasib baik.

Bantuan yang diberikan merupakan keprihatinan YWP dalam usaha membantu warga Wilayah Persekutuan yang miskin dan kurang berkemampuan.

Kedua-dua bantuan itu telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi YWP Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Mahadi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin dan Hospital Kuala Lumpur.

Dua orang warga Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik ini menerima bantuan khas pada kali ini ialah Nur Hidayu Hamdan.

Beliau menerima bantuan selepas anaknya mempunyai lebihan cecair di kepala.

Bantuan diserahkan kepada Nur Hidayu di perkarangan Hospital Kuala Lumpur.

Penerima kedua, Kamarul Zaman Shariff menerima bantuan itu selepas isterinya yang menghidapi kencing masih telah dipotong kedua-dua kakinya.

Bantuan disampaikan Mahadi di PPR Beringin bagi meringankan beban yang ditanggung selepas tiada pendapatan kerana sudah menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak bekerja.

Mahadi juga berkata pihak YWP sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan secara bulanan kepada Kamarul.

“Itu akan diusahakan oleh Timbalan Pengurus Besar YWP Datin Ida Harlina.

“Sekarang ingin bantu dia untuk membeli ubat-ubatan supaya dapat hidup seperti biasa,” katanya kepada AATV News.

Leave a Reply