editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2023 –Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) anjuran FELCRA Berhad telah mengangkat status penempatan warga peserta ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Rubiah, penganjuran julung kali AKAP oleh FELCRA Berhad diadakan sebagai inisiatif yang mampu membuka minda generasi muda untuk menyakini bahawa kehiduan di desa turut berpotensi besar untuk menjana ekonomi yang lumayan seterusnya membina kehidupan yang lebih stabil.

Penganjuran program yang melibatkan 53 buah penempatan warga Peserta seluruh Malaysia ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

FELCRA Berhad merupakan agensi pembangunan desa yang diyakini dalam membangunkan sosio ekonomi desa dengan manfaatnya turut dinikmati oleh masyarakat sekitar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Dato’ Idris Lasim pula, AKAP merupakan produk keluaran FELCRA Berhad yang diatur dengan teliti untuk memastikan setiap penempatan Peserta FELCRA di seluruh Malaysia selari dengan standard penempatan penduduk desa yang berkualiti dan boleh dibanggakan.

Menurutnya lagi, projek usahasama dengan KKDW ini telah mendapat kerjasama penuh dari institusi Peserta FELCRA yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP), Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA), Persatuan Belia dan Koperasi Peserta FELCRA.

Hadir bersama pada Majlis Anugerah yang bertemakan Kehidupan di Desa ini ialah Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun.

Leave a Reply