editor@aatvnews.com
KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2023 – Mesyuarat Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk melantik YBhg. Dato’ Idris bin Lasim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa serta-merta.
Beliau sebelum ini merupakan Pengurus Besar Kumpulan Perladangan FELCRA Berhad, yang merupakan portfolio penting dalam teras perniagaan Syarikat.
“Merujuk surat daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] berkenaan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad baharu yang bertarikh 6 Disember 2023, Mesyuarat Lembaga Pengarah melalui Resolusi Pekeliling Lembaga Pengarah Bil. 9/2023 yang telah diluluskan pada 7 Disember 2023 selaras dengan Klausa 115 Perlembagaan Syarikat untuk melantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu.
Berlandaskan pengalaman selama 37 tahun dalam industri peladangan, kewibawaan beliau dalam bidang perladangan serta pengurusan membuktikan bahawa pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan ini merupakan individu terbaik untuk membawa pembangunan yang kondusif serta mampan buat FELCRA Berhad serta warga peserta.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, beliau akan menggalas kepercayaan melebihi 106 ribu orang peserta untuk membangunkan 205 ribu hektar ladang di seluruh Malaysia.
FELCRA Berhad terus mengiktiraf serta memperkasakan bakat dalaman syarikat apabila melantik beliau untuk menerajui kepimpinan FELCRA Berhad.