editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 – Parti PUTRA hari ini melakukan satu laporan polis terhadap YB Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas atas isu yang tidak menghormati Islam bersifat provokasi.

Ketua Penerangan Parti PUTRA Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata, beliau telah membuat laporan polis terhadap Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, pada 03 Januari 2024 pada pukul 3.00 petang di Balai Polis Dang Wangi kerana berasa kurang senang dengan kenyataan Ahli Parlimen Beruas itu yang mencadangkan tiga perkara yang menyentuh hal ehwal agama Islam adalah menghina, menghasut, dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam di Malaysia.

Shahrulufti juga bimbang bahawa kenyataan ini boleh menjejaskan keharmonian antara agama dan kaum di negara ini.

Justeru, Shahfulufti menyeru agar pihak Polis Diraja Malaysia untuk segera menyiasat, mendakwa dan mengambil tindakan tegas terhadap Ngeh Koo Ham kerana telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang mengancam keharmonian dan keselamatan awam.

Shahrulutfi juga menyeru rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Bumiputera untuk terus memperjuangkan hak dan maruah agama Islam dan Raja-Raja Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“PUTRA PERKASA NEGARA”

Leave a Reply