editor@aatvnews.com
KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga mangsa letupan bunga api yang berlaku di bahagian bumbung salah sebuah hotel di Port Dickson ketika kita hendak menyambut sambutan ambang tahun baharu 2024.
Beliau yang juga Isteri YAB Perdana Menteri menyerahkan sumbangan tersebut ketika bertemu keluarga waris mangsa di kediaman mereka di Pangsapuri Seri Perindu, Cheras Kuala Lumpur.
“Kita akan tolong apa yang boleh (selain sumbangan wang tunai).
“Sumbangan bantuan makanan untuk ahli keluarga mangsa selain permudahkan urusan persekolahan anak-anak mangsa, kata Dr.Wan Azizah selepas menziarahi keluarga mangsa
Malah, PERKESO, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon Bandar Tun Razak juga turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, dalam insiden malam sebelum menyambut Tahun Baru 2024, Muhd Helmi Zulkifli,40 maut manakala adiknya, Muhammad Pahdzdlei Zulkifli,39 cedera akibat terkena serpihan bunga api yang secara tiba-tiba meletup di bahagian bumbung tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKPNS) turut memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa bersama 3 rakannya sedang menyiapkan pemasangan bunga api bagi sambutan ambang tahun baharu di hotel sebelum ianya secara tiba-tiba meletup.
Dr. Wan Azizah mengingatkan agar semua pihak mengambil iktibar atas tragedi yang menimpa ini serta mengambil berat dan mengenal pasti tahap bahaya dan risiko pekerjaan itu yang melibatkan bahan bunga api.