PETALING JAYA – Misi Rakyat yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah vendor, runner dan pengguna dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysi.
Pengurus Admin Kawasan Pentadbir Misi Petaling Jaya, Ariff Fadli Abd Wahab berkata program Misi Rakyat yang diadakah pada Sabtu lalu di Tapak Evo Petaling Jaya City adalah program untuk belia dan komuniti yang pertama.
“Ini satu permulaan bagi kita untuk mulakan satu program yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Program belia ini, 90% tampil aktiviti program masyarakat. Ini supaya sambil ‘healing’, ada hiburan boleh orang terima,” katanya kepada AATV News.
Pada masa sama, Ariff berkata program itu adalah kerjasama dengan Kelab Sukan dan Rekreasi Misi Rakyat Petaling Jaya.
“Kami bertungkus lumus bersama ahli-ahli jawatan seangkatan kita seperti fikir sama-sama untuk bangunkan Petaling Jaya.
“Apa kita buat adalah untuk santai-santai dan kemuncaknya bulan Februari ini akan adakan program besar, mungkin libatkan jabatan agensi kementerian,” katanya.
Ariif berkata Misi Rakyat adalah platform digital untuk ‘food delivery’ tempatan yang pertama yang ada di Malaysia.
Beliau berkata kelebihan aplikasi Misi Rakyat ini adalah harga jualan kita tidak ada cas tambahan.
“Kelebihan kita kekalkan harga jualan kita dalam aplikasi. Kalau beli RM5…RM5 harga kita beli.
“Nak bandingkan aplikasi develery food lain semua item kita order akan ada cas tambahan,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata aplikasi yang ingin dibawa itu adalah untuk melakukan perubahan dalam negara.
Katanya, satu matlamat ingin dibetulkan adalah ingin buka peluang pekerjaan kepada rider.
“Kita tengah fikir untuk bangkitkan industri tempatan. Peluang ke depan terlalu banyak saingan luar.Dia orang masuk pegang ekonomi.
“Kalau pergi luar negara, dia orang sokong yang industri tempatan. Di Malaysia orang luar jadi majoriti dan ini beza dengan Indonesia dan Thailand,” katanya.
Dalam program itu, turut serta adalah artis undangan, Fredo Flybaits dan ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin.