Kuala Lumpur, 27 Jun 2024 – SME Corp. Malaysia, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah menerajui satu acara penting, Dialog Dasar dan Bengkel SMEs ASEAN Hong Kong, China (AHKC) Ke Arah ESG 2024. Acara ini, yang diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, menarik lebih daripada 300 peserta dari PKS tempatan, Negara Anggota ASEAN termasuk Hong Kong dan China. Acara ini berfungsi sebagai platform untuk pertukaran ilmu dan maklumat, meningkatkan kesedaran tentang amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG),serta berkongsi amalan terbaik mengenai kelestarian dalam kalangan negara ASEAN. Majlis pembukaan bertepatan dengan sambutan Hari MSME Antarabangsa 2024 dan dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Acara selama satu setengah hari ini bertemakan “Memperkasakan Kelestarian PKS.” Hadirin terdiri daripada pegawai kerajaan, pakar ESG, pemilik PKS, wakil institusi kewangan, dan akademia. Acara ini bertujuan untuk mendidik peserta tentang kepentingan amalan ESG, pembangunan strategi ESG, serta pengukuran dan pemantauan prestasi ESG. Sesi dialog menumpukan pada pembangunan cadangan dasar untuk menggalakkan penerimaan amalan ESG dalam kalanganPKS, berkongsi kisah PKS yang merintis perjalanan ESG, danmenonjolkan usaha kerajaan serta agensi berkaitan di rantau ini. Penceramah terkemuka memberikan pandangan tentangamalan terbaik, cabaran, dan cadangan dalam sesi perkongsian.
Dalam ucaptama beliau, YB Datuk Ewon Benedick berkata,”ASEAN komited untuk mempromosikan kelestarian di rantauini melalui pelbagai inisiatif. Bagi Malaysia, menggalakkanPKS mengamalkan amalan ESG adalah satu langkah ke arah memperkukuhkan komitmen kami terhadap Agenda 2030Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pembangunan Mampan dan Perjanjian Paris di bawah Rangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (UNFCCC). Mempercepatkan penerimaan ESG juga merupakan antara inisiatif yang dirancang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 -2025.”
YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia, mengulangi sentimen ini dalam ucapan alu-aluannya, menekankan dedikasi organisasi untuk pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdayatahan, dengan ESG sebagai fokus utama.
Encik Rizal bin Dato’ Nainy, CEO SME Corp. Malaysia,berkongsi, “Kebersediaan dengan ESG adalah kelebihan besar untuk PKS mengakses pasaran tempatan dan global. Oleh itu, SME Corp. Malaysia telah melancarkan Panduan Pantas ESG untuk MSME bagi memudahkan penerimaan amalan ESG,yang boleh dimuat turun secara percuma setelah mengambil penilaian ESG di laman web kami. SME Corp. Malaysia juga mengiktiraf MSME yang aktif mengintegrasikan amalan ESG dengan anugerah khas baru di bawah Program Enterprise 50tahun ini, iaitu Anugerah E50 Terbaik untuk Amalan ESG.”
Antara yang turut hadir dalam majlis pembukaan Dialog Dasar dab Bengkel SMEs ASEAN Hong Kong, China (AHKC) Ke Arah ESG 2024 termasuk YBhg. Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha MECD, Miss Libera Cheng Chingmon, Pengarah Besar Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta dan Encik Rizal Bin Dato’ Nainy, CEO SME Malaysia. Acara ini disokong oleh Program Kerja Kerjasama Ekonomi dan Teknikal Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN – Hong Kong, China (AHKCFTA ECOTECH).