KUALA LUMPUR – Coolblog, jenama minuman smoothie yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal menjalin kolaborasi dengan memperkenalkan enam produk baru berasaskan buah epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.
Kolaborasi ini juga bertujuan mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi di mana fokus utama adalah untuk mempromosikan dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri.
Konsep booth yang dipersembahkan pada pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA.
Menggabungkan dua elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, Coolblog x WAWA disatukan untuk mencipta pengalaman yang IKONIK.
Melalui kempen ini, mesej yang ingin dibawa adalah tentang mencintai diri sendiri ‘self love’ dan kecantikan dari dalam ‘love from inner beauty’.
Wawa berkata, pihaknya percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka.
“Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda,” katanya.
Wawa berkata, pemilihan kerjasama dengan Coolblog adalah tepat selain menyokong syarikat tempatan.
“Saya memang teruja apabila ditawarkan kolaborasi ini apatah lagi saya memang penggemar minuman Coolblog sejak dulu lagi.
“Apabila mereka menyatakan hasrat dengan kerjasama ini ia satu peluang yang harus saya ambil bagi sama-sama menaikkan jenama kami,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew berkata, produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari pengguna lebih ceria dan penuh warna.
“Melalui Kolaborasi ini Coolblog melancarkan 6 perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz & Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt & Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie.
“Setiap dua pembelian produk diatas anda berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari 6 warna menarik,” katanya.
Cara pembelian adalah setiap pembelian 2 minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih akan memberi anda peluang untuk mendapatkan item terlaris iaitu WAWA Butter Liptint dengan packaging eksklusif.
Selain itu, melalui Touch ‘n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang juga produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200.
Sueli Lew berkata, maklum balas daripada pelanggan sangat menggalakkan mengenai kolaborasi ini.
“Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini,” katanya.