KUALA LUMPUR – Vintage Wellness menjemput ‘content creator’ untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut sebelum tarikh tutup 16 September ini.

Jurucakap Vintage Wellness Umagandhan Krishnan dalam satu sidang media juga mengalu-alukan semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa untuk menyertai pertandingan tersebut.

Menurutnya, Vintage Wellness merupakan produk kosmetik organik.

“Pertandingan ini untuk iklan. Kami nak buat pertandingan untuk content creator produk kami.

“Video perlu berdurasi 2 hingga 3 minit dan boleh menggunakan pelbagai bahasa termasuk video yang hanya menggunakan muzik sahaja,” katanya .

Menurut, Umagandhan hadiah tempat pertama merupakan kamera Sony dan Imac.

Beliau berkata hadiah tempat pertama hingga kelima disediakan.

“Pihak Vintage Wellness sedia menyediakan kelengkapan pengambaran jika diperlukan oleh peserta.

“Sesiapa berminat boleh mengikuti TikTok@vintagewellness untuk info lebih lanjut,” katanya.

Leave a Reply