SHAH ALAM – Jakel Trading Sdn Bhd menerusi cawangannya di Shah Alam mengadakan sesi Meet & Greet yang penuh istimewa dengan barisan duta terkenal mereka dan menawarkan pelbagai promosi hebat kepada pengunjung.
Sesi interaktif itu menyaksikan artis dan pempengaruh terkenal seperti Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad sekeluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Upin & Ipin dan TikToker Sallywho, yang semuanya hadir untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat.
Pengunjung berpeluang untuk berfoto bersama duta-duta Jakel dalam acara yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 2 petang.
Acara itu turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan koleksi terbaharu produk Jakel sempena persiapan Raya Aidilfitri 2025, termasuk baju raya yang memaparkan warna dan trend terkini untuk semua peringkat umur.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd, Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, berkata selain mengadakan promosi besaran, acara ini juga bertujuan merapatkan hubungan dengan pelanggan sambil mempromosikan produk terbaru.
“Kami berharap pelanggan dan peminat gembira dan mengambil peluang berinteraksi dengan duta-duta kami dalam kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 ini.
“Diskaun sehingga 30 peratus kami berikan untuk semua barangan yang terdapat di Jakel Shah Alam.
“Diskaun lebih hebat lagi di mana baju Melayu dijual sepasang bernilai RM99 dan percuma samping.
“Sebanyak 102 warna disediakan dan pelbagai corak serta design baju untuk wanita, kanak-kanak lelaki dan perempuan. Juga banyak pilihan kain samping turut disediakan,” katanya.
Selain sesi Meet & Greet, pengunjung juga berpeluang menyertai kuiz interaktif yang menawarkan hadiah menarik.
Tidak ketinggalan, mereka yang hadir turut berpeluang mendapatkan kupon diskaun untuk pembelian baju raya.
Untuk kemudahan pengunjung, Jakel menyediakan parkir yang lebih luas dan percuma serta kemudahan ‘buggy’ bagi memastikan pengunjung, terutama golongan warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan khas, dapat bergerak dengan mudah di kawasan berkenaan.
Dengan lebih 500 koleksi baharu ditawarkan, Jakel mensasarkan peningkatan jualan yang signifikan melebihi 1 juta pasang disediakan menerusi kempen ini yang dimulakan sejak Disember lalu.