KUALA LUMPUR – Menyemarakkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri 2025, Munawwareen melancarkan koleksi eksklusif terbaru dengan tema ‘Safaa & Warna’, yang menggabungkan sentuhan klasik dan kontemporari.

Koleksi ini bertujuan untuk memberi pengalaman fesyen yang lebih bermakna, menyemarakkan semangat kerohanian dan keindahan dalam setiap helaian.

‘Safaa’ dan ‘Warna’ – Makna yang Mendalam di Sebalik Koleksi

Mengangkat tema ‘Safaa’, yang bermaksud “kesucian” atau “ketenangan”, koleksi ini berhubung rapat dengan bulan Ramadan, satu bulan yang penuh dengan ibadah dan refleksi diri.

‘Warna’ pula merujuk kepada kepelbagaian tema yang ada dalam sambutan Aidilfitri, yang bukan sahaja mencerminkan kegembiraan tetapi juga kerohanian, budaya, dan identiti diri.

Konsep ini menekankan bahawa Aidilfitri adalah tentang kebersamaan dan kegembiraan bersama keluarga, tanpa perlu sedondon dalam berpakaian.

Koleksi Safaa & Warna – Keunikan di Setiap Fasa

Koleksi ini dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan ‘Chapter 1’ yang mempamerkan 9 rekaan Abaya dengan pilihan warna yang elegan serta jahitan manik berkualiti tinggi.

Koleksi ini sudah dilancarkan sejak 20 Januari lalu di Butik Munawwareen di Putrajaya dan di laman web rasmi www.munawwareen.com.

‘Chapter 2’ yang dilancarkan baru-baru ini, memperkenalkan 14 rekaan Abaya termasuk Baju Kurung Klasik, yang pertama kali dipersembahkan dalam koleksi Munawwareen.

Rekaan ini mengimbau nostalgia dengan corak bunga sulam yang halus, menyuntik elemen tradisional dalam gaya moden.

Koleksi ini menampilkan warna pastel yang lembut dan pilihan warna berani yang elegan, sesuai untuk wanita yang ingin tampil anggun pada hari raya.

Chapter 3 pula dijadualkan bakal dilancarkan pada 7 Mac 2025, dengan 28 koleksi terbaru yang menonjolkan rekaan Abaya yang menepati citarasa moden namun tetap bersahaja.

Koleksi ini menekankan keselesaan dan gaya dalam satu rekaan, dengan kain ringan dan jahitan tangan yang dihiasi dengan manik, sulaman, dan kristal yang menambah elemen mewah.

Ikon Munawwareen 2025 – Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Tahun ini, Munawwareen memperkenalkan ikon terbaru mereka, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, seorang pendakwah terkemuka yang terkenal dengan kelembutan dan kebijaksanaan dalam membimbing umat.

Pengarah Urusan Munawwareen, Datuk Hajah Aliza Abu Bakar berkata, kerjasama ini sangat bermakna kerana Ustazah Datuk Dr. Norhafizah melambangkan nilai-nilai kesederhanaan, keanggunan, dan kepatuhan yang sejajar dengan jenama Munawwareen.

“Kami berasa amat terhormat untuk menjalin kerjasama dengan Ustazah, seorang tokoh pendakwah yang dihormati dan juga simbol wanita Muslimah yang penuh integriti.

“Beliau mencerminkan nilai-nilai yang sangat selari dengan jenama kami iaitu kesederhanaan, keanggunan, dan keindahan dalam kepatuhan kepada agama.

“Saya yakin bahawa pakaian bukan hanya sekadar penampilan, tetapi ia adalah cerminan sebenar identiti dan keperibadian seseorang,” katanya.

Kehadiran Selebriti dan Pempengaruh Media Sosial

Pelancaran eksklusif koleksi berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal seperti Datin Anne Ngasri, Niena Baharun, Syaza Bae, Maria Tunku Sabri, Fiza Sabjahan, dan ramai lagi.

Selain itu, pempengaruh media sosial turut memberi sokongan yang besar, menarik perhatian pencinta fesyen Muslimah dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kehadiran mereka mengukuhkan kedudukan Munawwareen dalam industri fesyen Muslimah negara.

Munawwareen percaya fesyen bukan hanya sekadar penampilan, tetapi satu bentuk ekspresi diri.

Koleksi ‘Safaa & Warna’ ini bertujuan untuk meraikan kecantikan dalam kepelbagaian budaya dan memberi pengalaman raya yang lebih bermakna, penuh gaya dan elegan.

By Cynthia

Leave a Reply