SUNGAI BULOH, 8 September 2025— Presiden Yayasan Global Mesra, Dato’ Sri Salim Abdul Rahman menegaskan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang tulus dan tidak pernah menganaktirikan rakyat walaupun negeri itu dipimpin oleh parti pembangkang.

Beliau berkata, Anwar tetap konsisten memperjuangkan nasib golongan susah termasuk nelayan, petani dan rakyat marhaen meskipun dihina serta dicaci dengan pelbagai sentimen politik dan agama.

“Kalau beliau mahu, beliau boleh guna kuasa veto untuk menangkap lawan politik, tetapi Anwar Ibrahim memilih jalan berbeza — menyelamatkan negara dengan menuntut harta rakyat yang dirompak supaya dipulangkan semula,” tegas Salim.

Menurutnya, kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Anwar menunjukkan komitmen membangunkan negara tanpa mengira negeri, termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Salim turut memuji pencapaian ekonomi negara di bawah Anwar, apabila ringgit yang pernah menjunam ke paras RM4.78 berbanding dolar AS kini kembali mengukuh sekitar RM4.15. Katanya, perkembangan ini membuktikan keyakinan dunia terhadap kepimpinan Malaysia.

Beliau juga menyentuh isu arwah adik Zara Qairina sebagai contoh bagaimana Anwar mengangkat keadilan tanpa tunduk kepada mana-mana kelompok berkepentingan, sambil membenarkan rakyat berhimpun secara aman demi menuntut kebenaran.

“Tidak ada rekod menunjukkan Anwar atau keluarganya mengambil harta negara. Akaun mereka boleh disemak. Beliau cukup dengan gaji sebagai Perdana Menteri. Beliau hanya mahu membangunkan rakyat dan negara,” jelasnya.

Salim menambah, rakyat harus melihat keikhlasan Anwar yang bukan sahaja menjaga kebajikan rakyat, malah dihormati di peringkat dunia sebagai seorang pemimpin Islam yang sederhana dan adil.

“Saya berani kata dalam usia 58 tahun ini, belum pernah saya lihat seorang Perdana Menteri sejujur dan seikhlas beliau. Beliau bukan sekadar pemimpin, tetapi rahmat kepada rakyat,” katanya penuh yakin.

#AnwarIbrahim #MalaysiaMADANI #SalimAbdulRahman #KerajaanPerpaduan #EkonomiMalaysia #PemimpinTanpaDendam #KeadilanUntukRakyat #Reformasi2025 #RakyatDidahulukan #MalaysiaSejahtera

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f