KUALA LUMPUR, 7 September 2025 – International Strategic Institute (ISI) terus mengorak langkah besar apabila berjaya memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama pelbagai rakan strategik dari Malaysia dan luar negara, termasuk Vietnam, Filipina, China dan Singapura.

Menurut Naib Presiden ISI, Dr. (H.C) Johny Yap Weng Onn, inisiatif ini membuktikan komitmen ISI sebagai incubator kepada lebih 37 industri melalui kerjasama dengan akademi latihan dalam pelbagai bidang seperti kecantikan, seni mempertahankan diri (wushu), perniagaan strategik dan lain-lain.

“Misi kami adalah untuk mengumpulkan rakan industri dari seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia, bagi memperkasa pendidikan dan industri melalui program latihan profesional,” jelas beliau.


Majlis konvokesyen yang berlangsung kali ini melibatkan lebih 120 peserta daripada pelbagai kursus termasuk program EMBA, sijil profesional UMCCED, serta latihan strategic coaching.

Antara tetamu antarabangsa yang hadir termasuk Mr. Marcus dari Singapura, Mr. Trang dari Vietnam serta wakil Filipina yang berkongsi pengalaman serta topik pembangunan pelajar melalui platform ISI.

Tahun ini, Malaysia memainkan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan memperkenalkan ASEAN International Award 2025, yang berjaya menghimpunkan pengarah negara (national directors) dari 16 negara termasuk 11 negara ASEAN. Inisiatif ini dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan rentas sempadan bagi usahawan tempatan.

“Dengan adanya pengarah negara dari pelbagai latar belakang seperti firma guaman, konsultasi SME dan syarikat antarabangsa, kita yakin dapat membantu usahawan memperluas perniagaan mereka hingga ke Korea, Thailand, Poland dan Rusia,” tambah Dr. Yap.


Sejak 8 tahun lalu, ISI bermula sebagai institut penyelidikan dan konsultasi, namun kini berkembang sebagai pemudahcara (facilitator) kepada pelbagai akademi latihan. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, ISI berjaya menghimpunkan ratusan pelajar dan usahawan dari pelbagai industri untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

#ISI #JohnyYap #ASEAN2025 #GlobalBusiness #EducationForAll #StrategicInstitute #MoU #InternationalCollaboration #EmpowerIndustry #Leadership

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f