https://vt.tiktok.com/ZSDJ5N6tG
SUNGAI BULOH, 9 September 2025 – Presiden Yayasan Global Mesra, Dato’ Sri Salim Abdul Rahman, menegaskan bahawa tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni” adalah simbol besar kepada kemerdekaan negara dan wajar dijadikan kebanggaan setiap rakyat Malaysia.
Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini akan membawa mesej yang lebih mendalam kerana ia berkait rapat dengan lambang kebangsaan iaitu Jalur Gemilang.
“Bendera itu lambang kemerdekaan. Apa gunanya Malaysia tanpa bendera dan semangat perjuangan? Kita harus bangga kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang merancang sesuatu yang besar untuk rakyat. Saya tidak boleh dedahkan sekarang, tetapi pada 15 dan 16 September ini di Pulau Pinang, rakyat akan melihat pengumuman istimewa daripada Perdana Menteri,” katanya.
Dato’ Sri Salim turut menyifatkan bahawa pengiktirafan dunia terhadap Perdana Menteri wajar menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
“Dunia menghormati beliau, wartawan asing turut memuji kepimpinan negara. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita tidak harus menghina, sebaliknya berbangga dengan pencapaian ini,” tambahnya.
Beliau turut memberi bayangan bahawa sambutan Hari Malaysia tahun ini bakal menjadi luar biasa kerana akan ada sesuatu yang “ajaib” diumumkan oleh Perdana Menteri, yang pastinya memberi harapan dan kegembiraan kepada rakyat.
#MalaysiaMadanin #RakyatDisantuni #HariMalaysia2025 #SemarakKemerdekaan #PulauPinangGegar