KUALA LUMPUR – Kenyataan lantang dari Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr Azam Rauzan, mencetuskan perhatian apabila beliau menyifatkan tindakan BERSATU mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 sebagai langkah “paling bodoh dan bangang”.

Menurut beliau, pengumuman tersebut bukan sahaja memperlihatkan BERSATU melupakan rakan komponen Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, malah dianggap satu penghinaan terhadap parti Islam itu.

“PAS tak ada calon ke yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri? Kalau begitu, di mana maruah PAS? PN ini sebenarnya sudah mula retak,” tegas Dr Azam.

Beliau turut menegaskan bahawa BERSATU dan PAS hakikatnya berasal daripada UMNO, namun tindak-tanduk mereka kini menunjukkan sifat “pengkhianat”. Katanya, segala imej gah BERSATU hanya bersifat kosmetik semata-mata.

Dalam masa sama, Dr Azam menyeru PAS agar membuat keputusan berani untuk keluar daripada PN, sekali gus membuka ruang kepada pembentukan semula Muafakat Nasional 2.0.

“Sebagai orang UMNO, saya tak kisah untuk melupakan kisah lama. Dalam Islam pun kita diajar untuk memaafkan. Muafakat Nasional adalah jawapan kepada penyatuan ummah. Kita kena matang dan belajar daripada kesilapan lalu,” ujarnya.

Beliau menutup kenyataannya dengan menegaskan bahawa UMNO harus terus teguh memperjuangkan hak rakyat.

“Akhirnya nanti, yang hak akan timbul dan yang batil akan tenggelam,” katanya penuh keyakinan.

#UMNO #BERSATU #PAS #PN #MuhyiddinYassin #PolitikMalaysia #MuafakatNasional #PRU16 #PenyatuanUmmah #PolitikTerkini

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f