Oplus_16908288

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negeri itu, menurut analisis awal Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato’ Armand Azha Abu Hanifah yang melihat pola sokongan baharu muncul dalam kalangan pengundi Sabah.

Berdasarkan pemantauan awal beliau selepas beberapa hari kempen berlangsung di lapangan dan media sosial, keputusan PRN Sabah berkemungkinan besar tidak memihak kepada mana-mana parti untuk memperoleh majoriti mudah.

Armand menjangkakan anggaran kasar kerusi bakal dimenangi parti-parti utama seperti berikut:

Warisan – 23 kerusi

BN – 20 kerusi

GRS – 11 kerusi

PH – 7 kerusi

PN – 5 kerusi

STAR – 2 kerusi

PKDM – 2 kerusi

UPKO – 2 kerusi

SAPP – 1 kerusi

Menurut beliau, angka tersebut menunjukkan beberapa trend penting, antaranya Warisan kembali menjadi blok terbesar namun gagal mencapai majoriti, BN pula menunjukkan lonjakan ketara terutama di kawasan KDM dan Muslim Bumiputera, manakala GRS kekal relevan tetapi tidak lagi dominan seperti PRN yang lalu.

Tiada satu parti pun berupaya membentuk kerajaan bersendirian. PRN kali ini jelas menuju ke arah ‘hung assembly’,” katanya.

Analisis Alternatif: Warisan & BN Paling Dominan

Dalam analisis lebih terperinci, Armand melihat potensi keputusan mungkin sedikit berbeza, bergantung kepada isu-isu setempat seperti masalah air, keselamatan ESSCOM, autonomi negeri dan prestasi kerajaan semasa.

Warisan dijangka boleh mencapai 23–26 kerusi, manakala BN/UMNO boleh melonjak sehingga 20–24 kerusi, bergantung pada kekuatan calon di peringkat akar umbi.

UMNO Sabah kini berada dalam fasa ‘vote return cycle’. Ada kebangkitan sokongan di kawasan Muslim Bumiputera, khususnya terhadap tokoh-tokoh tempatan yang masih berpengaruh,” jelasnya.

GRS pula diramalkan mengutip 10–14 kerusi, manakala PH mengekalkan kekuatan di kawasan bandar dengan 6–8 kerusi.

Parti-parti kecil seperti STAR, PKDM, UPKO dan SAPP pula dijangka beroperasi dalam ruang terhad, masing-masing berpotensi meraih antara 1 hingga 3 kerusi maksimum.

Kerajaan Mana Selepas PRN? Beberapa Gabungan Mungkin Terjadi

Armand turut menggariskan beberapa kemungkinan pembentukan kerajaan:

BN + PH + GRS – gabungan paling stabil dari sudut hubungan dengan kerajaan Persekutuan.

Warisan + BN – pernah disebut sebelum ini dan tidak mustahil berlaku.

Warisan + PH + beberapa blok kecil – bergantung pada rundingan selepas keputusan rasmi.

Kingmaker PRN Sabah kali ini adalah BN atau GRS — bergantung siapa dapat lebih kerusi.

Beliau menutup kenyataan dengan menyatakan analisis ini adalah pandangan ikhlas dari sudut seorang penggerak politik yang mengikuti rapat dinamika semasa Sabah.

#PRNSabah2025 #AnalisisPolitik #SabahMengundi #PilihanRayaSabah #PolitikMalaysia #Warisan #UMNOSabah #GRS #AATVNews #KingmakerSabah

Leave a Reply