KUALA LUMPUR, 7 Disember 2025 — Sidah Catering melalui Sidah Group of Companies melakar langkah baharu apabila menganjurkan Wedding Showcase ketiga, namun buat julung kalinya di MATRADE Hall Kuala Lumpur. Penganjuran ini dilaksanakan bersama S Creative Solutions yang turut berada di bawah gabungan Sidah Group.

Menurut Chief Operating Officer Sidah Catering, Puan Siti Hajar Binti Mohd Anuar, penganjuran ini adalah inisiatif sendiri tanpa kerjasama rasmi MATRADE, namun menggunakan ruang berprestij tersebut bagi memberikan pengalaman eksklusif kepada pengunjung.

“Ini adalah kali pertama kami buat wedding showcase di MATRADE Hall KL. Showcase ini dianjurkan sepenuhnya oleh S Creative Solutions dan Sidah Catering. Dua-duanya berada di bawah Sidah Group,” jelasnya.


Operasi di Lembah Klang & Nilai – Lebih 20 Tahun dalam F&B

Sidah Catering yang beroperasi sejak 1997 kini memberi fokus kepada pelanggan sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan, namun bersedia untuk mengambil projek berskala besar di luar kawasan.

“Kalau event besar, kami boleh pergi lebih jauh,” katanya.


MATRADE Hall Diberi Nafas Baharu – Lebih Banyak Wedding & Private Event

Menurut Siti Hajar, MATRADE Hall selama ini dikenali sebagai lokasi acara korporat, namun showcase kali ini membuktikan bahawa venue tersebut juga sesuai bagi majlis perkahwinan, private event, conference dan pelbagai aktiviti lain.

“Kita nak orang nampak yang MATRADE Hall bukan hanya untuk corporate. Wedding juga sangat sesuai di sini,” ujarnya.


Pakej ‘All Under One Roof’ – A to Z Termasuk Catering, Lighting, Production & Dekorasi

Menjadi kelebihan utama Sidah Catering ialah kemampuannya menyediakan pakej lengkap melalui konsep One Stop Center – All Under One Roof.

Melalui S Creative Event, Sidah menyediakan semua aspek majlis termasuk:

• Catering
• Lighting & production
• Penyusunan meja dan pelamin
• Fotografi & videografi
• Emcee
• Pengurusan acara lengkap dari A–Z

Bagi showcase kali ini, Sidah menawarkan pakej RM45,000 untuk 1,000 pax, termasuk makanan, hall, fotografi, videografer, emcee dan semua kemudahan lain. Harga berkenaan merupakan promosi khas showcase.

Sasaran 25 Klien Dengan Nilai Jualan RM1 Juta

Showcase ini turut mensasarkan 25 klien baharu dengan jumlah keseluruhan RM1 juta, meliputi tempahan bermula tahun 2026 dan ke atas.

Promosi Eksklusif & Tawaran Istimewa Untuk Pengunjung

Antara daya tarikan utama showcase ini ialah:

Grand Lucky Draw

Untuk pelanggan yang menempah pakej minimum RM50,000 berpeluang memenangi Percutian Honeymoon 3H2M ke Bali Ditaja sepenuhnya oleh Sidah Group.

✅ Lucky Spin (Untuk Tempahan Pada Hari Showcase)

✅ Deposit serendah RM1,000

✅ Peluang memenangi barangan elektrik Russell Taylors.

✅ Pelbagai hadiah eksklusif lain
Diskaun sehingga RM10,000

“Book Now, Pay Later” – Deposit serendah RM1,000

Aktiviti Sepanjang Showcase

Acara ini dipenuhi pelbagai aktiviti menarik seperti:

• 360° camera
• Fashion show pengantin
• Touch-up make up percuma
• Persembahan tarian & band
• Pertunjukan lampu
• Make up tutorial
• Food testing
• Popcorn, aiskrim & apam balik percuma
• Live cooking session
• Sesi konsultasi percuma

Rakan Kolaborasi

Acara ini turut disertai oleh pelbagai rakan industri termasuk:
Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avenue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, Zamirazfar, OJKustik Entertainment, KUHOT, Senada Tari, Zamir Azfar dan DCB Party & Event.

Kemudahan Parking – Flat Rate Untuk Tetamu

Bagi pengunjung showcase dan pelanggan yang mengambil pakej, Sidah turut menyediakan flat rate parking, manakala VIP mendapat akses parkir khas di bahagian bawah.

“Harapan kami, lebih ramai pasangan bakal pengantin dan juga korporat akan nampak kelebihan MATRADE Hall serta kemampuan Sidah Group memberikan pakej lengkap untuk majlis impian mereka,” kata Siti Hajar mengakhiri temubual.

#SidahCatering #MatradeHallKL #WeddingShowcase2025 #AllUnderOneRoof #PakejKahwin2025 #AATVNews #HoneymoonBali #BookNowPayLater #WeddingInKL #EventMalaysia

Leave a Reply