PUTRAJAYA, 10 Disember 2025 – Konvensyen 153 pada 13 Disember ini bukan diadakan sekadar memenuhi jadual, tetapi bagi memberi kesedaran segera kepada rakyat sebelum tempoh ART 2025 berakhir pada 25 Disember. Demikian tegas Bibi Sunita ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan bahawa pihak penganjur sedang mengejar masa sebelum ART tamat tempoh.
Menurut beliau, rakyat — khususnya masyarakat Melayu — perlu segera mengetahui isu-isu besar yang sedang berlaku di sekeliling mereka, termasuk tekanan berterusan untuk mengiktiraf sijil UEC seperti yang didesak oleh DAP.
Bibi Sunita berkata, isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini menggambarkan ketirisan dan kelemahan kesedaran rakyat terhadap kepentingan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi tunjang kepada hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.
“Terlalu banyak isu berlaku silih berganti. Tuntutan UEC ini bukan perkara baru—ia berulang-ulang. Sebab itu kita lihat kurangnya kefahaman rakyat, terutama orang Melayu, tentang kepentingan Perkara 153,” jelasnya.
Sebagai pemimpin NGO, beliau menegaskan tugas mereka adalah memberikan kesedaran mengenai sejarah dan perjuangan yang membawa kepada kemerdekaan negara serta usaha menyatukan rakyat sebelum lahirnya Malaysia moden.
Menurutnya, masih wujud pihak yang tidak berpuas hati dan cuba memecah-belahkan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menimbulkan ancaman terhadap kedudukan bangsa Melayu.
Beliau turut menggesa agar orang Melayu hadir ke Konvensyen 153 untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai isu kedaulatan negara, termasuk dua perjanjian yang didakwa boleh “menjual negara”, iaitu:
Perjanjian melibatkan ART 205, dan
Satu lagi perjanjian melibatkan aspek ketenteraan.
“Orang Melayu perlu bangkit, perlu sedar dan perlu hadir. Banyak isu besar yang mesti didengar sendiri oleh rakyat,” katanya.
#Konvensyen153 #PertahanPerlembagaan #IsuMelayu #ART2025 #BangkitMelayu #KedaulatanNegara #UEC #AATVMedia #SuaraRakyat #MalaysiaKu