PUTRAJAYA, 21 Disember 2025 – NHmall Worldwide (Nur Haramain Mall Worldwide) tampil sebagai pemangkin baharu dalam memperkasa ekonomi serantau ASEAN dan membuka laluan lebih luas kepada usahawan Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Dengan komitmen dan iltizam berterusan, NHmall Worldwide menyediakan platform informasi dan promosi strategik bagi membantu syarikat, peniaga serta pengusaha tempatan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di dalam dan luar negara, selaras dengan undang-undang serta peraturan setiap negara yang terlibat.

Sebagai langkah awal, NHmall Worldwide menjemput semua syarikat, peniaga dan rakan strategik untuk menyertai ekosistem ini dengan mengisi borang penyertaan ahli yang telah disediakan.

Menurut kenyataan, Majlis Pra-Pelancaran Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide bersama NHmall Worldwide dijadualkan berlangsung pada 27 Januari 2026, manakala Pelancaran Penuh NHmall Worldwide dirancang sekitar Mac atau April 2026, dengan lokasi akan diumumkan kelak.

Kerjasama Strategik Pacu Ekonomi

NHmall Worldwide turut memberi penekanan kepada kerjasama strategik bersama badan kerajaan dan sektor swasta, khususnya dalam mempromosikan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa. Usaha ini bertujuan membawa usahawan serta produk Malaysia menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat antarabangsa terpilih merangkumi pelbagai sektor, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) serta industri berat.

Selain itu, NHmall Worldwide berperanan sebagai penghubung peluang perniagaan semasa, termasuk akses kepada pembiayaan perniagaan melalui institusi perbankan, di samping menyediakan maklumat yang tepat dan sahih bagi melindungi peniaga daripada penipuan serta ancaman scammer yang semakin berleluasa.

Perpaduan, Ukhuwah & Ekonomi Mampan

NHmall Worldwide menegaskan bahawa kejayaan agenda ekonomi ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua komuniti yang terlibat, berteraskan muafakat, perpaduan dan kesatuan rakyat.

Kerjasama strategik bersama Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide yang berkembang pesat akan terus diperkukuh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan projek terpilih mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Pelantikan Wakil & Konsultan Profesional

Bagi memastikan hala tuju strategik yang berkesan, NHmall Worldwide merancang untuk melantik wakil korporat di seluruh rantau, menganjurkan seminar ekonomi serantau serta melantik konsultan profesional merangkumi pelbagai bidang dan sektor.

Langkah ini bertujuan memastikan pengurusan, pentadbiran, pelaburan dan perancangan strategik dilaksanakan secara menyeluruh, praktikal dan berdaya maju agar manfaat sebenar dapat dirasai oleh peniaga melalui sekretariat komuniti yang ditubuhkan.

Platform Digital & Aktiviti Komuniti

Sebagai sebahagian daripada ekosistem perniagaan, tapak niaga dalam talian NHmall Worldwide akan dilancarkan pada 27 Januari 2026, bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan secara digital dan fizikal, di dalam serta luar negara.

NHmall Worldwide juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk expo dan karnival perniagaan, program motivasi, kursus keusahawanan, serta majlis himpunan selawat dan aktiviti komuniti demi manfaat peniaga Muslim khususnya dan masyarakat umum amnya.

Rekod Acara Bersejarah

Terdahulu, NHmall Worldwide turut mencipta sejarah apabila Majlis Gema Selawat berjaya dianjurkan serentak di dua puncak menara ikonik negara iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar, Kedah, pada 1 Rejab, bersempena ambang tahun baharu 2025.

Majlis penuh makna itu menjadi simbol perpaduan ummah, ukhuwah dan kesatuan ekonomi Nusantara ASEAN, sambil mengajak masyarakat membesarkan Allah SWT melalui alunan selawat dan qasidah.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Tuan Haji Md Zawawi Bin Ramli, dan turut dihadiri Wan Fadhlan Wan Yusof, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Permuafakatan Malaysia.

#NHmallWorldwide #EkonomiASEAN #UsahawanMalaysia #BisnesAntarabangsa #EkonomiUmmah #AATVMedia #PlatformUsahawan #ASEANWorldwide #PerniagaanDigital #MalaysiaKeDunia

Leave a Reply