KUALA LUMPUR, 29 Januari 2026 – Jenama burger tempatan, BGM Burgerman bakal mencipta sejarah tersendiri apabila tampil dengan konsep perasmian paling luar biasa di Malaysia apabila 1,000 orang pelanggan dipilih sebagai perasmi rasmi pembukaan cawangan terbaharu mereka di Setapak.
Majlis perasmian pertama seumpamanya itu akan berlangsung pada Sabtu, 31 Januari ini jam 10 pagi di premis BGM Burgerman Setapak, beralamat di Tingkat Bawah, No. 2, Jalan Suria Setapak, Taman Suria Setapak, Kuala Lumpur.


Menurut Pengasas BGM Burgerman, Nordin Mat, idea perasmian oleh seribu pelanggan tercetus sebagai tanda penghargaan kepada rakyat biasa yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaan jenama tempatan tersebut.
Berbeza dengan konsep ‘grand opening’ konvensional yang lazimnya dirasmikan oleh seorang tetamu kehormat atau VIP, BGM Burgerman memilih pendekatan unik menerusi konsep “Perasmian Oleh Rakyat”, sekali gus meletakkan pelanggan sebagai nadi utama jenama itu.

“Ini bukan sekadar pembukaan kedai. Ini adalah perasmian oleh rakyat, untuk rakyat. Kami mahu komuniti menjadi sebahagian daripada sejarah kami,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lebih menarik, setiap pelanggan perasmi bukan sahaja berpeluang memotong riben secara bergilir-gilir, malah turut bergambar sebagai perasmi rasmi serta menandatangani ‘Wall of Appreciation’ sebagai simbol sokongan komuniti terhadap jenama tempatan.

Majlis ini menyasarkan kehadiran seribu perasmi, sekali gus menjadikannya antara perasmian paling inklusif yang pernah dianjurkan oleh mana-mana jenama makanan segera tempatan di negara ini.


Sebagai tanda penghargaan, setiap pelanggan yang terlibat sebagai perasmi turut berpeluang menikmati menu Mega Burger yang berharga asal RM17.90 pada harga promosi istimewa RM2.00 sahaja.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi pengalaman unik kepada komuniti setempat, malah mengukuhkan lagi kedudukan BGM Burgerman sebagai jenama burger tempatan yang mengangkat konsep mesra keluarga, harga mampu milik dan rasa premium.
Pembukaan cawangan Setapak ini juga merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan strategik BGM Burgerman dalam usaha mendekati komuniti serta membina hubungan lebih erat bersama pelanggan setia mereka.
#BGMBurgerman #PerasmianOlehRakyat #BurgerTempatan #BanggaJenamaLokal #BurgermanSetapak #MegaBurgerRM2 #SokongProdukTempatan #AATV #ViralSetapak #SejarahBaharu