oplus_4194304

SHAH ALAM, 1 Februari 2026 – Primadona Malaysia, Erra Fazira, bersama suaminya Ezwan Zain, berkongsi pandangan mengenai citarasa peribadi, pengurusan kewangan dan kepentingan simpanan emas ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media “1st Masterpiece”, bersempena pembukaan rasmi butik elegan pertama Amelia Jewellery di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Erra, beliau lebih cenderung memilih perhiasan berkonsepkan rekaan ringkas, moden dan minimalis, berbanding rekaan yang terlalu sarat.

“Saya memang sukakan design yang simple. Bila saya pakai rekaan yang ringkas dan moden, itu mencerminkan kualiti diri saya sendiri. Tak perlu terlalu menonjol, tetapi cukup dengan kehalusan dan kemasan yang baik,” katanya.

Walaupun mengakui dirinya bukan pakar dalam dunia perhiasan, Erra percaya pemilihan yang tepat mampu memberikan kepuasan maksimum walaupun dengan bajet tertentu.

“Saya ada bajet tersendiri, tetapi bila pilih dengan betul, kita sebenarnya dapat lebih daripada apa yang kita bayar. Ada rekaan yang nampak macam ‘design T20’, tetapi harganya masih mampu milik,” ujarnya.

Emas Pilihan Simpanan Masa Depan

Mengulas keadaan ekonomi global yang tidak menentu, Erra turut berkongsi perubahan cara fikirnya dalam mengurus kewangan. Jika sebelum ini lebih menumpukan perbelanjaan kepada keperluan dan kediaman, kini beliau memilih emas sebagai simpanan jangka panjang.

“Dalam keadaan dunia hari ini yang agak menakutkan, saya dah ‘switch’ cara berfikir. Kalau ada wang, saya akan pilih emas. Cash tetap penting, tetapi emas ada nilai yang lebih kukuh untuk masa depan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa simpanan emas tidak perlu dimulakan dengan jumlah besar, sebaliknya boleh dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan.

“Simpan sedikit pun tak mengapa. Satu dinar atau beberapa gram emas sudah cukup sebagai permulaan. Nilainya akan bertambah dari masa ke masa,” katanya lagi.

Sementara itu, Ezwan Zain menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Erra dalam merancang kewangan keluarga, termasuk perbelanjaan harian dan simpanan kecemasan.

“Kami sentiasa berbincang dan saling memahami. Yang penting ialah keseimbangan antara keperluan hidup, simpanan dan masa depan keluarga,” katanya.

Amelia Jewellery Perkukuh Jenama Emas Tempatan

Majlis pelancaran tersebut turut menandakan pembukaan rasmi butik pertama Amelia Jewellery, jenama perhiasan emas milik penuh syarikat Bumiputera Amelia Resources (M) Sdn. Bhd., yang beroperasi di Tadisma Business Centre, Seksyen 13, Shah Alam.

Diterajui oleh kumpulan profesional muda Bumiputera berpengalaman, Amelia Jewellery menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk urusan emas terpakai, jual beli jongkong emas 999.9, pembekalan emas 916, Skim Tabung Emas, perkhidmatan Ar-Rahnu serta pembelian perhiasan secara peribadi.

Dengan slogan “Mercu Kehidupan Gemilang”, Amelia Jewellery optimis untuk menjadi pilihan utama pengguna yang mengutamakan rekaan eksklusif, kualiti tinggi serta nilai pelaburan jangka panjang, sekali gus memperkukuh keyakinan terhadap jenama perhiasan emas tempatan.

#ErraFazira #EzwanZain #AmeliaJewellery #EmasSimpanan #PelaburanEmas #RekaanMinimalis #SelebritiMalaysia #JenamaTempatan #GayaHidupMewah #AATVMedia

Leave a Reply